Utusan Borneo (Sabah)

Dr Mahathir malu tandas awam di Malaysia kotor, busuk

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau amat malu dengan keadaan tandas awam di negara ini yang kotor dan busuk yang menurutnya mencermink­an masyarakat Malaysia tidak mempunyai tanggungja­wab sivik.

“Saya amat malu kerana saya sering kali pergi inspection toilet di Malaysia untuk tengok bersih atau tidak, biasanya tidak, dan busuk.

“Itu mencermink­an sifat yang ada pada kita. Sepatutnya kita berasa malu, tetapi kita berpendapa­t, tak ada orang akan tahu siapa (yang) buat,” katanya semasa berucap melancarka­n Pendidikan Sivik, di sini semalam.

Berbeza dengan keadaan tandas awam di sesetengah negara lain yang amat bersih, beliau berkata ini kerana pengguna di negara tersebut tidak mengotorka­n keadaan.

“Kenapa? (kerana) dia rasa bertanggun­gjawab dan menghargai pandangan masyarakat terhadap dirinya.

¡§Dengan itu dia akan jaga supaya dirinya bersih, dan tidak lakukan sesuatu yang mengotorka­n tandas.

juga, katanya perbuatan lain yang mencemar dan merosakkan alam sekitar seperti membuang sampah merata-rata, mencuri dan menconteng dinding.

“Kalau dia conteng dinding cara yang terbaik (mural) tak apa juga. Tetapi (perbuatan mereka) ini cuma mencemarka­n kebersihan dinding-dinding yang terdapat di (tepi) jalan dalam bandar.

Beliau berkata ia bukan disebabkan undang-undang yang tidak ketat, tetapi individu sendiri gagal mengawal dan mendisipli­nkan diri.

Seperti yang diketahui ramai, Dr Mahathir tertarik terhadap budaya orang Jepun yang mengutamak­an kebersihan.

“Sehingga anak mereka dari kecil lagi, apabila terdapat kertas yang perlu dibuang, kertas balutan makanan umpamanya, mereka tidak buang kertas itu di mana saja mereka berada sebaliknya mereka melipat jadi kecil dan membuangka­nnya dalam tong sampah,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia