Utusan Borneo (Sabah)

Bentuk masyarakat bertanggun­gjawab

Pendidikan Sivik dilaksana di sekolah sejak Jun lepas

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Pendidikan Sivik yang mula dilaksanak­andisekola­hsejak Jun lepas akan membentuk masyarakat dan individu yang bertanggun­gjawab, prihatin dan bertimbang rasa kepada pihak lain.

Dalam hidup bermasyara­kat, katanya sifatsifat itu amat penting bagi memastikan setiap individu tidak melakukan sesuatu yang memburukka­n keadaan di sekeliling mereka.

“Saya percaya bukan sahaja anak-anak kita akan menjadi orang yang civic minded, tetapi guru-guru semasa mereka mendidik, tentulah akan sematkan nilai-nilai sivik yang sama.

“Dengan itu, percayalah negara kita akan menjadi negara yang maju, bersih dan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia,” katanya semasa melancarka­n Pendidikan Sivik peringkat kebangsaan 2019, di sini.

Pendidikan Sivik dilaksanak­an selama satu jam pada minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah selain turut dilaksanak­an dalam perhimpuna­n dan aktiviti kokurikulu­m.

Dr Mahathir berkata amat penting bagi bagi masyarakat untukmemah­amibahaway­ang menentukan jaya atau tidak seseorang mahupun sesuatu bangsa adalah bergantung kepada nilai hidup, contohnya sifat amanah.

“Umpamanya, kita mengambil hak orang lain kerana tiada siapa melihat kerana kita berpendapa­t, tidak ada siapa yang akan bertindak terhadap kita.

“Kalau kita mempunyai sifat semacam itu dan anggota-anggota lain dalam masyarakat juga begitu, maka masyarakat sudah tentu akan jadi kucar-kacir, tidak tersusun, tidak tenteram tidak aman dan tidak stabil,” katanya.

Merujuk kepada pihakpihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja Ireland, Nora Anne Quoirin,15, yang hilang di sebuah resort di Pantai, Seremban sejak 4 Ogos lepas, Dr Mahathir berkata ia adalah contoh pegangan nilai sivik yang tinggi dalam masyarakat.

“Ada orang sanggup ketepikan Hari Raya Haji untuk cari wanita hilang itu. Ini menunjukka­n pegangan nilai sivik yang tinggi dalam kalangan kita, kalau kita mempunyai nilai sivik tinggi maka keadaan sekeliling kita akan menjadi amat baik,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata beliau yakin Pendidikan Sivik tidak akan menambahka­n beban kepada guru dan murid.

“Setakat ini belum ada demonstras­i seperti demonstras­i terhadap (isu tulisan) khat,” katanya secara berseloroh. Bernama

 ??  ?? TUN M
TUN M

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia