Utusan Borneo (Sabah)

Tiga tokoh seni berbicara pada pameran Seni Visual Wajah-wajah Negeri Sembilan

-

SEREMBAN: Tiga tokoh seni tempatan akan dijemput pada program Bual Bicara Seni Tempatan pada pameran khas bertajuk Seni Visual Wajahwajah Negeri Sembilan sempena sambutan Bulan Kemerdekaa­n Negara 2019 ke-62 yang sedang berlangsun­g di Muzium Negeri di sini sehingga 31 Ogos.

Pengarah LMNS Shamsuddin Ahmad berkata Dr Ahmad Rashidi Hassan akan berbicara dengan tajuk ‘Di Sebalik Karya Abstrak: Antara Yang Tersirat dan Yang Tersurat’ pada Khamis ini (15 Ogos), Yong Lok Nam dari Persatuan Seni Negeri Sembilan dengan tajuk ‘Teknik Melukis OutDoor Sketching’ pada 22 Ogos manakala Mazlan Abu Bakar dari Persatuan Pelukis Negeri Sembilan yang akan membentang­kan mengenai Apresiasi Karya-Karya Pelukis Negeri Sembilan pada 29 Ogos.

“Pameran ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Pelukis Negeri Sembilan, Persatuan Seni Negeri Sembilan serta Persatuan Lukisan dan Kaligrafi Negeri Sembilan. Selain pameran lukisan, terdapat juga aktiviti sampingan lain, antaranya pertanding­an mewarna untuk murid tabika, tulisan kaligrafi dan program bual bicara bersama Tokoh Seni Tempatan,” katanya kepada Bernama di sini.

Katanya objektif utamanya pameran ini ialah sebagai salah satu pengisian bagi menyemarak­kan lagi sambutan Bulan Kemerdekaa­n Negara yang ke-62.

Selain itu, katanya pameran ini juga dapat menanam dan memupuk semangat kecintaan terhadap negara di dalam diri masyarakat, khususnya di kalangan generasi muda melalui lukisan wajah-wajah Negeri Sembilan dulu dan kini dan pada masa yang sama mereka akan dapat memperinga­ti dan menghayati khazanah negeri melalui hasil seni dan visual.

“Sememangny­a semangat ini dituntut dan perlu ada dalam diri kita sebagai rakyat yang dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah negara Malaysia yang berdaulat,” kata Shamsuddin.

Pameran itu dibuka secara percuma kepada orang ramai pada setiap hari bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia