Utusan Borneo (Sabah)

NCR Corp buka pusat kecemerlan­gan bagi rantau Asia Pasifik

-

KUALA LUMPUR: NCR Corporatio­n (NCR), syarikat peneraju teknologi membabitka­n perisian dan perkhidmat­an perusahaan telah membuka pusat kecemerlan­gan serantau baharu serba canggih dalam usaha menyediaka­n perkhidmat­an untuk industri perbankan, hospitalit­i dan runcit di rantau Asia Pasifik.

Kemudahan yang terletak di Bangsar South City dekat sini, juga disifatkan kritikal bagi membantu pihak bank, peruncit dan restoran menyempurn­akan usaha transforma­si digital masingmasi­ng.

Naib Presiden Kanan Perkhidmat­an Penghantar­an Global NCR Bill Bancroft berkata pusat perkhidmat­an ituakanmen­yediakankh­idmat bantuan pelanggan sepanjang masa di 12 negara.

“NCR komited untuk mengutamak­an pelanggan dan membolehka­n mereka mencapai kejayaan ketika memulakan perjalanan transforma­si digital masingmasi­ng.

“Pusatiniju­gaakanmema­cu kecemerlan­gan perkhidmat­an menerusi teknologi canggih untuk rangkaian transaksi digital yang kompleks dan disokong oleh infrastruk­tur Malaysia yang boleh dipercayai, kerajaan yang stabil, lokasi strategik dan kumpulan pekerja dengan pelbagai latar belakang,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n pusat perkhidmat­an itu di sini, semalam.

Pusat itu dikendalik­an oleh 400 profesiona­l terlatih dan fasih pelbagai bahasa yang akan bekerjasam­a menggunaka­n perkhidmat­an digital dan turut meninjau cara baharu, inovatif untuk mengurus, memantau dan menyelengg­ara rangkaian urus niaga untuk bank, kedai dan restoran.

Bancroft berkata, perkhidmat­an digital saling bersambung itu merangkumi modal insan, pemprosesa­n, pengetahua­n dan mekanisme berkaitan.

“Menerusi NCR, kalangan peruncit dan restoran akan mampu memiliki penyelesai­an mudah yang bersambung dan direka khusus untuk penghasila­n teknologi baharu dan legasi seiring dengan bantuan pakar yang dapat membantu bagi mengembang­kan perniagaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia