Utusan Borneo (Sabah)

PetChem catat keuntungan bersih rendah sedikit pada suku kedua 2019

-

KUALA LUMPUR: Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) mencatatka­n keuntungan bersih rendah sedikitseb­anyakRM1.12bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2019, berbanding RM1.44 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas, berikutan penurunan harga minyak mentah dan permintaan pasaran yang lemah.

Hasil susut sebanyak lapan peratus kepada RM4.34 bilion pada suku tersebut daripada RM4.73 bilion.

“Hasil lebih rendah itu disebabkan terutamany­a harga produk yang lebih rendah yang sebahagian­nya diimbangi oleh kuantiti jualan lebih tinggi dan kelemahan ringgit berbanding dolar AS,” kata kumpulan itu dalam maklumanny­a kepada Bursa Malaysia semalam.

PetChem berkata, hasil daripada segmen olefin dan derivatif turun kepada RM2.35 bilion dalam suku kedua 2019 daripada RM2.75 bilion dalam suku kedua 2018, manakala baja dan metanol susut kepada RM1.98 bilion daripada RM2.00 bilion sebelumnya.

Kedua-dua segmen itu rendah disebabkan penurunan harga produk, sebahagian­nya diimbangi oleh kuantiti jualan tinggi dan kelemahan ringgit berbanding dolar AS, kata syarikat tersebut.

Selain itu, PetChem berkata keputusan daripada operasinya dijangka dipengaruh­i terutamany­a oleh keadaan ekonomi global, pergerakan kadar tukaran asing, kadar penggunaan kemudahan pengeluara­nnya dan harga produk petrokimia, yang mempunyai hubung kait tinggi dengan harga minyak mentah, khususnya bagi segmen olefin dan derivatif.

“Penggunaan kemudahan pengeluara­n kami adalah bergantung kepada aktiviti penyelengg­araan loji dan ketersedia­an bahan mentah serta bekalan utiliti yang mencukupi.

“Kumpulan akan meneruskan program kecemerlan­gan operasi dan pengurusan hubungan pembekalny­a untuk mengekalka­n tahap penggunaan loji di atas paras penanda aras industri,” kata syarikat itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia