Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan sedia tempat merokok diteliti

Akan dibincang dengan Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerajaan akan meneliti cadangan berhubung keperluan menyediaka­n tempat merokok di premis makanan di negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgali berkata, perkara berkenaan sudah dibawa dalam mesyuarat Kabinet negeri dan akan dibincangk­an dengan Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat.

Katanya, kerajaan negeri akan meneliti sejauh mana keperluan cadangan itu memandangk­an masih ramai yang merokok dan ada keperluan menyediaka­n tempat merokok di kawasan premis makanan.

Beliau yang juga bertanggun­gjawab ke atas Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berkata, setakat ini pihaknya melihat keperluan berkenaan bagi kawasan bandaraya terlebih dahulu.

“Apa yang penting, kita perlu berbincang dahulu dengan Kementeria­n Kesihatan mengenai cadangan ini bagi melihat ia ada keperluan atau sebaliknya.

“Seperti di negara Singapura, kita tahu biarpun negara itu mempunyai

Kerajaan negeri akan meneliti sejauh mana keperluan cadangan itu memandangk­an masih ramai yang merokok dan ada keperluan menyediaka­n tempat merokok di kawasan premis makanan.” ARIFIN ASGALI, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

undang-undang kebersihan yang ketat, tapi mereka ada menyediaka­n tempat merokok di premis makanan,” jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya berharap perkara berkenaan dapat diselesaik­an dalam bulan ini.

Arifin berkata demikian kepada media selepas majlis Ibadah Korban DBKK di sini pada Selasa. Turut hadir Mayor DBKK Datuk Nordin Siman.

Dalam pada itu, pihaknya turut menerima sebarang cadangan berhubung tanda larangan merokok di setiap premis makanan.

“Kalau ada cadangan baik seperti meletakkan tanda larangan di atas meja, DBKK akan meneliti perkara itu secara terperinci.

“Kita akan minta kerjasama daripada peniaga untuk sediakan tanda larangan merokok di atas meja,” katanya.

Pada majlis itu, sebanyak sembilan ekor lembu daripada anggota Muslim DBKK, individu persendira­n dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin disumbangk­an untuk ibadah korban.

Daging korban berkenaan diagihkan kepada seramai 397 penerima termasuk 250 kakitangan DBKK dan juga golongan fakir miskin dan asnaf sekitar bandaraya.

 ??  ?? AGIH KORBAN: Arifin (empat kiri) menyampaik­an sumbangan daging korban kepada penerima pada majlis itu. Turut kelihatan Nordin (dua kiri) dan tetamu jemputan lain.
AGIH KORBAN: Arifin (empat kiri) menyampaik­an sumbangan daging korban kepada penerima pada majlis itu. Turut kelihatan Nordin (dua kiri) dan tetamu jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia