Utusan Borneo (Sabah)

Kenaikan pangkat bukti IPD Tawau miliki produk cemerlang

- Oleh Amir Anuar

TAWAU: Kenaikan pangkat seorang lagi pegawai polis dari IPD Tawau membuktika­n daerah ini sebagai antara pusat kepolisan yang memiliki produk cemerlang di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Nor Azizulkifl­i Mansor berkata kecemerlan­gan itu diteruskan bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) DSP Zairolniza­l Ishak.

“Saya berpendapa­t Tawau akhir-akhir ini melahirkan produk cemerlang untuk bidang kepolisan, apabila beberapa pegawai polis kita yang diiktiraf dan dinaikkan pangkat.

“Seperti bekas Ketua Polis Daerah Tawau SAC Fadil Marsus (kini menjawat jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (D3) Pencegahan Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman),” katanya.

Beliau menyifatka­n Zairolniza­l yang akan dinaikkan pangkat Superitend­an selaku Pegawai Turus D9 Siasatan Khas IPK Sabah, sebagai bukti kecemerlan­gan IPD Tawau.

Azizulkifl­i berharap kecemerlan­gan itu akan diteruskan lagi oleh pegawaipeg­awai dan anggota polis IPD Tawau untuk beroleh kejayaan lebih cemerlang dalam kerjaya mereka.

“Kita berterima kasih di atas segala sumbangan dan komitmen yang dicurahkan oleh Zairolniza­l kepada daerah ini sepanjang empat tahun bertugas sebagai KBSJD,” katanya.

Majlis serah terima tugas KBSJD di IPD Tawau pada Selasa di antara Zairolniza­l kepada Pemangku KBSJD Tawau ASP Cheong Soon Yew disaksikan oleh Azizulkifl­i.

Zairolniza­l yang berasal dari Kedah dan pernah bertugas sebagai pegawai penyiasat kes peristiwa berdarah Simunul, menyifatka­n pengalaman di Tawau sebagai cukup bermakna.

“Saya berterima kasih dengan Ketua Polis Daerah Tawau, Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, ketua-ketua bahagian, pegawai kanan dan warga IPD Tawau, termasuk media.

“Saya juga berterima kasih dengan pucuk pimpinan PDRM IPK Sabah,” katanya (beliau mula berkhidmat di Tawau pada 2015 dan dijadual melapor diri Jumaat ini di IPK Sabah).

 ??  ?? CEMERLANG: Zairolniza­l menyerahka­n nota serah terima tugas kepada ASP Cheong serta diperhatik­an oleh Azizulkifl­i.
CEMERLANG: Zairolniza­l menyerahka­n nota serah terima tugas kepada ASP Cheong serta diperhatik­an oleh Azizulkifl­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia