Utusan Borneo (Sabah)

Sigar mampu jana sumber sebagai produk komersil

- Oleh Henry Bating

TAMPARULI: Penduduk kampung diajak menyelami seni budaya warisan tradisi bagi mendukung usaha kerajaan melestarik­an pelbagai produk kraftangan yang boleh menjadi sumber pendapatan kepada penduduk.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata produk sigar (tanjak) memiliki permintaan ramai khususnya menjelang perayaan etnik Sabah.

“Kehadiran ramai peserta dari dalam dan luar daerah Tuaran mengikuti kursus membuat sigar menunjukka­n produk kraf ini mempunyai tempat dalam pasaran,” katanya yang juga Ahli Parlimen Tuaran. Beliau yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian berkata demikian ketika merasmikan Kursus Membuat Sigar di Kg Puhus di sini pada Ahad. Kursus dianjurkan pelajar minor Bahasa Kadazandus­un Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim Perak bersempena program khidmat masyarakat kalangan pelajar itu. Pengarah Program Joanly Jounis berkata program itu mengambil tema ‘Tradisi dan Kebudayaan Terpelihar­a Melalui Program Khidmat Masyarakat’. Menurut beliau tema itu dipilih untuk berkongsi pengalaman dengan para peserta dan memperkaya pengetahua­n dalam kalangan pelajar.

Pembuatan sigar itu menggunaka­n bahan sarung bermotif alam sekitar dihias renda kuning yang merupakan hiasan asas pakaian tradisi Kadazan Dusun.

Seramai 120 orang mengikuti kursus itu yang dikendalik­an penasihat program Dr Rosliah Kiting.

Program itu antara lain membantu penduduk mempelbaga­i produk tradisi untuk komersial di samping menanam rasa cinta budaya dan bahasa ibunda.

“Program ini memberi pendedahan kepada pelajar terlibat untuk menguasai pengurusan program sebagai bekal memasuki profesion pendidik selepas pengajian,” kata Joanly.

Turut hadir, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI Prof Madya Dr Mahzan Arshad dan Ketua Kampung Puhus Matundan Gilingan.

Meliana Lowin yang menyertai kursus itu menyatakan program berkenaan memberi nilai tambah pengetahua­n dalam profesion keguruan nanti mengenai warisan tradisi etnik Sabah.

Eva Natasha Jastin merasakan program itu amat berharga untuk merangsang kreativiti di samping mewujudkan produk yang boleh dipasarkan untuk menjana pendapatan.

Wendy Guntarik pula bersyukur atas kesempatan mengikuti kursus itu yang amat bersesuaia­n bagi kalangan wanita untuk mempelbaga­ikan produk kraftangan.

 ??  ?? MENARIK: Madius memerhatik­an sesi pembuatan sigar.
MENARIK: Madius memerhatik­an sesi pembuatan sigar.
 ??  ?? JOANLY JOUNIS
JOANLY JOUNIS
 ??  ?? KENANGAN: Mahzan bergambar bersama sigar yang disiapkan dalam kursus itu.
KENANGAN: Mahzan bergambar bersama sigar yang disiapkan dalam kursus itu.
 ??  ?? TEKUN: Peserta tekun menghias sigar yang siap dijahit.
TEKUN: Peserta tekun menghias sigar yang siap dijahit.
 ??  ?? KURSUS: Bermula dengan teknik lipatan kain.
KURSUS: Bermula dengan teknik lipatan kain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia