Utusan Borneo (Sabah)

Silat Wahana Jati Diri Bangsa

Pertanding­an Silat Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Sabah Bagi Sokongan PAJSK 2019

- BERTANDING: Salah satu pasukan yang menyertai pertanding­an, Pasukan SK Kampong Biah, Keningau.

KENINGAU: ‘Silat Wahana Jati Diri Bangsa’. Begitulah tema yang diketengah­kan dalam Pertanding­an Silat Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Sabah Bagi Sokongan PAJSK Tahun 2019.

Pertanding­an ini telah berlangsun­g dengan jayanya pada 31 Julai hingga 3 Ogos 2019 di Keningau.

Pertanding­an yang dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Keningau bersama PSS Pesaka Keningau ini telah dikelolaka­n oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Banjar, Keningau dan dirasmikan oleh Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia, P180 Keningau; Azman Hj Ruslan, bermatlama­t untuk menyemai dan mengukuhka­n rasacintap­arapeserta­terhadap warisan bangsa ini disertai 17 pasukan; 5 pasukan sekolah rendah dan 12 pasukan sekolah menengah.

Kategori silat yang dipertandi­ngkan dalam bidang silat seni ialah kategori Seni Tari Silat, Seni Tempur Silat, Masal Tangan Kosong Campuran dan Regu (Jurus Wajib).

Bagi silat tanding pula, kategori yang dipertandi­ngkan adalah Kelas A (45-50kg) Lelaki dan Perempuan, Kelas B (5055kg) Lelaki dan Perempuan, Kelas C (55-60kg) Lelaki dan Perempuan, Kelas D (6065kg) Lelaki dan Perempuan dan Kelas E (65-70kg) Lelaki.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandi­ngkan:

Silat Seni (Sekolah Rendah) Kategori Seni Tari Silat (Puteri); johan SK Kg Baru (A), kedua SK Kampong Baru (B), dan ketiga SK Kg. Keningau (B). Sementara (Putera) johan disandang SK Kuala Kahaba, kedua SK Kg. Keningau (A) dan ketiga SK Kg. Keningau (B).

Seni Tempur Silat (Puteri) SK Kg. Keningau (A) (johan), SK Kuala Kahaba (kedua) dan SK Kg. Keningau (B) (ketiga). Seni Tempur Silat (Putera) SK Banjar (johan), SK Kampong Biah (A) (kedua), dan SK Kg. Keningau (A) (ketiga)

Masal Tangan Kosong Campuran, johan SK Kuala Kahaba, kedua SK Kampong Baru dan SK Kg. Keningau ketiga.

Jurus Wajib (Puteri), SK Kg. Keningau (johan), SK Kampong Biah (B) (kedua), dan SK Kampong Biah (A) (ketiga). Manakala Jurus Wajib (Putera); johan SK Kampong Biah, kedua SK Kampong Baru, dan ketiga SK Banjar (B).

Dalam pada itu bagi Silat Seni (Sekolah Menengah) Kategori Seni Tari Silat (Puteri) johan disandang SMK Bingkor, naib johan SMK Gunsanad dan ketiga SMK Keningau. Seni Tari Silat (Putera)SMK Gunsanad (johan), SMK Keningau (kedua) dan SMK Keningau Il (ketiga).

Seni Tempur Silat (Puteri) SMK Keningau (johan), SMK Bingkor (kedua), dan SMK Gunsanad ll (ketiga). Seni Tempur Silat (Putera); SMK Keningau (johan), SEK Henry Gurney Keningau/ SMK Gunsanad Il (ketiga).

Masal Tangan Kosong Campuran; johan SMK Keningau, kedua SMK Gunsanad, dan ketiga SMK Bingkor.

Acara Jurus Wajib (Puteri), johan SMK Keningau, kedua SMK Gunsanad dan ketiga SMK Bingkor. Jurus Wajib (Putera); johan SMK Keningau, kedua SMK Gunsanad dan ketiga SMK Bingkor.

Silat Tanding (Sekolah Menengah) Kategori Kelas A (45-50 Kg) Perempuan; Johan Azimah dari SMK Gunsanad Il, kedua Susana (SMK Badin, Tuaran) dan tempat ketiga kongsi bersama Elia (SMK Keningau)/Nursyakila (SMK Badin, Tuaran).

Kelas B (50-55 Kg) Perempuan; johan Refachie (SMK Keningau), kedua Zulaikah Waily (SMK Tambunan), dan ketiga kongsi bersama Kartina (SMK Bingkor)/Nurshahira (SMK Badin, Tuaran).

Kelas C (55-60 Kg) Perempuan, johan Petra Saily (SMK Keningau), kedua Rindiane (SMK Badin, Tuaran) dan ketiga kongsi bersama Azwin (SMK Bingkor)/Annabel (SMK Gunsanad).

Kelas D (60-65 Kg) Perempuan; johan Norazmyza (SMK Bingkor), kedua Nursyamira (SMK Badin, Tuaran) dan ketiga Fadylah dari SMK Bingkor. Kelas A (45-50 Kg ) Lelaki; johan Mohd.razfirdaus (SMK Badin, Tuaran), kedua Mohd Rahmat Shahrin (SMK Badin, Tuaran) dan ketiga Jimazlan (SEK Hunrey Gurney Keningau).

Kelas B (50-55 Kg) Lelaki; johan Mohd. Hafiz (SMK Keningau), kedua Mohd. Haiqal (SMK Badin),dan ketiga kongsi bersama Mohd. Arfa (SMK Bingkor)/ M.Najib (SEK Hunrey Gurney Keningau).

Kelas C (55-60 Kg) Lelaki, johan Cirron Kimsun (SMK Keningau), kedua Mohd. Hafiz (SMK Gunsanad ll) dan ketiga kongsi bersama Alvin Alsson (SMK Gunsanad)/ Renzee (SEK Hunrey Gurney Keningau).

Kelas D (60-65 Kg ) Lelaki, johan Mohd. Aman (SMK Keningau), kedua Dave (SMK Gunsanad) dan ketiga kongsi bersama Ejjoy (SMK Keningau)/ M.Fadil (SMK Badin, Tuaran).

Dan Kelas E (65-70 Kg) Lelaki johan Mohd. Saifullah (SMK Bingkor), kedua Edison (SMK Gunsanad), dan ketiga Mohd. Haiqal (SMK Gunsanad Il) / Bryanly (SMK Bingkor).

 ??  ??
 ??  ?? PUTERA: Para pemenang Silat Tanding Kategori Kelas D Putera.
PUTERA: Para pemenang Silat Tanding Kategori Kelas D Putera.
 ??  ?? SIJIL: Azman menyerahka­n sijil penyertaan kepada Laila Farina Yahya, Pengurus Pasukan merangkap jurulatih Pasukan SK Kampong Biah, Keningau.
SIJIL: Azman menyerahka­n sijil penyertaan kepada Laila Farina Yahya, Pengurus Pasukan merangkap jurulatih Pasukan SK Kampong Biah, Keningau.
 ??  ?? SYABAS: Para pemenang Silat Seni Kategori Seni Tari Silat Putera Sek Menengah.
SYABAS: Para pemenang Silat Seni Kategori Seni Tari Silat Putera Sek Menengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia