Utusan Borneo (Sabah)

Atlet Sukma N. Sembilan ditentukan pada Oktober

-

SEREMBAN:Jumlah atlet Negeri Sembilan yang akan bersaing pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Johor, tahun depan, bakal diketahui selepas pemilihan akhir Oktober ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pembanguna­n Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abdul Ghani berkata pada masa ini, atlet dipilih adalah menerusi persatuan sukan masing-masing.

“Beberapa persatuan sukan sudah membuat pemilihan, tetapi mungkin dalam skala besar sebelum kami tapis dan memilih atlet yang benar-benar layak menyertai temasya itu,” katanya kepada Bernama di sini.

Mengenai penyertaan pada temasya dijadual berlangsun­g dari 11 hingga 19 Julai tahun depan itu, Mohamad Taufek berkata kontinjen Negeri Sembilan tidak akan menghantar atlet semata-mata untuk meramaikan peserta.

“Kami mahu atlet yang menyertai kejohanan itu berkualiti dan mampu menyumbang pingat kepada Negeri Sembilan. Kami akan cari atlet terbaik,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia