Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an Awang Semaun Sipitang buka penyertaan

- Bingkasan

KOTA KINABALU: Pengamal sukan lasak orang kuat dipelawa menyertai Pertanding­an Awang Semaun (Strongestm­an) terbuka Sipitang 2019 pada 30-31 Ogos.

Pertanding­an itu adalah anjuran Persatuan Gabungan Atlet Strongman Sabah (PEGAS) dengan kerjasama Yudas Gym & Fitness Centre, Seng Kee Fitness dan Sabah Indoor Climbing Centre.

Pertanding­an itu bersempena dengan Festival Buah-Buahan Sipitang 2019.

Penganjur dalam kenyataan kelmarin memberitah­u bahawa pertanding­an itu terbuka kepada warganegar­a Malaysia dan luar negara berusia 18 tahun ke atas yang tidak mempunyai masalah kesihatan.

Acara yang akan diadakan di Padang Majlis (Top Ten) Sipitang itu mempertand­ingkan lapan disiplin iaitu Tyre Flip (450kg), Farmer’s Walk (120kg), Atlas Stone, Truck Puller (lori 10 tan), Log Press (110kg), Deadlift For Reps (200kg), Kembayau To Shoulder (100kg) dan Durian Sipitang Frront Hold (30kg).

Peserta warga Malaysia dikenakan yuran penyertaan RM150 manakala RM200 bagi peserta luar.

“Setiap peserta yang mendaftara­kanmendapa­tbaju dan sijil manakala pemenang akan menerima hadiah wang tunai,” katanya.

Juara akan menerima wang tunai RM2,500, kedua RM1,500, ketiga RM1,000, keempat RM700, kelima RM500 dan keenam RM300 manakala pemenang tempat ketujuh hingga ke-10 akan menerima RM100.

Pendaftara­n boleh dibuat menerusi online di alamat https://forms.gle/ azbTLVHu2i­wguJLc9 atau dengan menghubung­i Randie (014-8680068), Sham (010-9525456) dan Yusof (010-5853651). -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia