Utusan Borneo (Sabah)

Sukan mampu bina kekuatan fizikal dan mental

-

KENINGAU: Rumah Hijau dinobatkan juara keseluruha­n Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Lingga Baru Tamparuli Kali Ke-3 2019 yang berlangsun­g di padang sekolah itu baru-baru ini.

Naib johan dimenangi oleh Rumah Merah, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh pasukan Rumah Kuning dan Rumah Biru.

Seramai 63 orang murid terdiri dari Pra Sekolah hingga tahun 6 telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang telah dirasmikan penutupann­ya oleh Presiden Persatuan Badminton Sabah; Janih Bangud.

Pada masa sama turut berlangsun­g Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaa­n Peringkat Sekolah Siri 2/2019 anjuran Unit Kokurikulu­m sekolah berkenaan.

Janih antara lain dalam ucapannya berkata, aktiviti sukan bukan sahaja mengekalka­n kesihatan fizikal malah dapat membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokas, menyususn strategi dan membina semangat berpasukan.

Katanya, semangat kesukanan yang tinggi di kalangan atlet juga dapat melatih diri untuk mempunyai minda yang terbuka dan sanggup menerima dan memberi respon dalam pelbagai situasi yang sudah pasti mempengaru­hi segi pembelajar­an.

Beliau rasa terharu, kerana pihak penganjur dapat menjayakan program dua dalam satu dan ini sebagai mesnifesta­si dari semangat setiakawan dan kesungguha­n untuk mencapai sesuatau tujuan yang sama sama dikongsi oleh semua pihak, menjadikan penganjura­n ini berjaya dan dapat dibanggaka­n .

Selain itu, kejohanan ini juga merupakan wahana dalam mencari bakat para atlit disamping mengeratka­n silaturahi­m.

Beliau mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua AJK Penganjur yang diketuai oleh Guru Besar Cemerlang SK. Lingga Baru; Mohamad Juin Haji Nauli, kerana telah berjaya mengelolak­an majlis ini dan kepada semua pihak samada secara langsung atau tidak langsung sehinga kedua-dua program ini dengan jayanya.

Semua penenang menerima hadiah medal, piala , hamper dan sijil.

Selain Guru Besar Cemerlang SK.Lingga Baru, turut hadir ialah wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran; Rusdih Lina, YDP PIBG SK Lingga Baru; Jammery Yunin, guru-guru, ibubapa serta masyarakat setempat.

 ??  ?? PEMENANG PEREMPUAN: Pemenang acara 4X200M perempuan merakamkan gambar bersama Janih.
PEMENANG PEREMPUAN: Pemenang acara 4X200M perempuan merakamkan gambar bersama Janih.
 ??  ?? PEMENANG LELAKI: Janih menyampaik­an hadiah kepada pemenang bagi acara 4 x 200M lelaki.
PEMENANG LELAKI: Janih menyampaik­an hadiah kepada pemenang bagi acara 4 x 200M lelaki.
 ??  ?? (Kanan) OLAHRAGAWA­TI: Rosdin Linah menyampaik­an hadiah kepada pemenang Olahragawa­ti 2019; Alyndra Kelsa Wandy.
(Kanan) OLAHRAGAWA­TI: Rosdin Linah menyampaik­an hadiah kepada pemenang Olahragawa­ti 2019; Alyndra Kelsa Wandy.
 ??  ?? (Atas) OLAHRAGAWA­N: Olahragawa­n 2019; Nick Rowen Martin menerima hadiah dari Rosdin Linah (kanan).
(Atas) OLAHRAGAWA­N: Olahragawa­n 2019; Nick Rowen Martin menerima hadiah dari Rosdin Linah (kanan).
 ??  ?? KENANGAN: Janih bersama murid murid yang mengambil bahagian di Padang Kg.Bambangan Lama.
KENANGAN: Janih bersama murid murid yang mengambil bahagian di Padang Kg.Bambangan Lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia