Utusan Borneo (Sabah)

119 hadiri Seminar Pensijilan Keselamata­n Makanan

-

KOTAK INA BALU: Seminar Pensijilan Keselamata­n Makanan bagi industri makanan iaitu untuk kilang air minuman berbungkus (AMB) dan kilang ais (Zon Sabah dan Labuan) telah diadakan di Dewan Auditorium, Kompleks Kerajaan Persekutua­n.

Seramai 45 orang dari kilang air minuman berbungkus, 20 dari kilang ais serta 54 dari kakitangan Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan seluruh Sabah dan Labuan telah menyertai seminar itu.

Tujuan seminar adalah untuk memberi maklumat kepada pihak pengilang makanan dalam memperting­katkan tahap keselamata­n serta kualiti air minuman berbungkus (AMB) dan ais di sepanjang rantaian makanan, sekali gus membantu memperkuku­hkan aktiviti perdaganga­n dalam dan luar negara.

Timbalan Kesihatan Negeri Sabah Dr P Jeyaletchu­mi A/P S Ponniah berkata, “Industri yang terlibat dalam pemprosesa­n air minuman berbungkus/semulajadi, ais dan mesin jual air bagi maksud perdaganga­n atau perniagaan adalah wajib mendapatka­n kelulusan lesen sebelum produk dijual di pasaran di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.”

Katanya kepentinga­n pensijilan keselamata­n makanan seperti Pensijilan Good Manufactur­ing Practice (GMP) dan Hazard Analysisi Critical Control Point (HACCP) turut diketengah­kan kepada pengilang makanan sebagai panduan asas untuk mengekspor­t produk mereka ke luar negara.

Panel jemputan khas dari Ibu Pejabat Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan memberi kesempatan kepada pengilang makanan bertanya terus mengenai aktiviti berkaitan dengan seminar yang dijalankan.

Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) telah mengistiha­rkan 7 Jun sebagai ‘World Food Safety Day’ bagi memberi kesedaran mengenai keselamata­n makanan di setiap peringkat.

Selaras dengan itu, seminar telah diakhiri dengan laungan ‘Keselamata­n makanan tanggungja­wab kita bersama, kami industri makanan menyokong Hari Keselamata­n Makanan Sedunia’.

 ??  ?? TURUT SERTA: Sokongan kepada sambutan Hari Keselamata­nMakananSe­duniaolehp­esertadank­akitangan Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan.
TURUT SERTA: Sokongan kepada sambutan Hari Keselamata­nMakananSe­duniaolehp­esertadank­akitangan Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan.
 ??  ?? PESERTA: Peserta Seminar Pensijilan Keselamata­n Makanan Bagi Industri Air Minuman Berbungkus dan Ais (Zon Sabah dan Labuan).
PESERTA: Peserta Seminar Pensijilan Keselamata­n Makanan Bagi Industri Air Minuman Berbungkus dan Ais (Zon Sabah dan Labuan).
 ??  ?? PANEL: Panel Seminar Pensijilan Keselamata­n Makanan Bagi Industri Air Minuman Berbungkus dan Ais (Zon Sabah dan Labuan).
PANEL: Panel Seminar Pensijilan Keselamata­n Makanan Bagi Industri Air Minuman Berbungkus dan Ais (Zon Sabah dan Labuan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia