Utusan Borneo (Sabah)

Mahasiswa Sabah di Mesir rai sambutan Hari Raya Aidiladha

-

BADAN Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) sesi 2018/2019 dengan kerjasama Wisma Yayasan Sabah Kaherah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha.

Majlis itu diadakan di Dewan Tun Mustapha Wisma Yayasan Sabah Kaherah dihadiri hampir 120 mahasiswa Sabah dari seluruh Mesir.

Majlis yang bertemakan ‘Rai Kesyukuran Erat Perdaudara­an’ itu dimulakan dengan ucapan pengarah program Pg Muhammad Dhamiri Pg Ahmad Hilmi, disusuli ucapan oleh Yang Dipertua BKPSM Ahmadhamdi­e Hajiri dan Pegawai Tadbir Kanan Wisma Yayasan Sabah Kaherah Ustaz Hafiz Dr Hamzah Al-Hafiz. Seterusnya, persembaha­n oleh mahasiswa dan cabutan bertuah.

Turut hadir ialah Pembantu Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak Muhammad Fauzan Abdul Rahim dan keluarga.

Ahmadhamdi­e mengucapka­n terima kasih kepada mahasiswa yang hadir dari pelbagai tempat sama ada yang menuntut di Kaherah atau di luar Kaherah.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada Ustaz Hafiz dan keluarga di atas kesudian meluangkan masa bersama mahasiswa Sabah, dan berharap semoga majlis itu dapat menghilang­kan sifat permusuhan dan mengeratka­n persaudara­an sesama mahasiswa.

“Saya juga merakamkan ucapan jutaan syabas dan tahniah kepada mahasiswa yang berjaya dalam peperiksaa­n, dan mendoakan semoga mahasiswa yang masih dan akan menduduki peperiksaa­n mendapat kejayaan di dunia dan akhirat,” katanya.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan dan jamuan hari raya bersamasam­a.

 ??  ?? GAMBAR KENANGAN: Warga Sabah di Mesir merakam gambar kenangan.
GAMBAR KENANGAN: Warga Sabah di Mesir merakam gambar kenangan.
 ??  ?? GAMBAR BERSAMA: Dhamiri, Fauzan, Hafiz dan Ahmadhamdi­e.
GAMBAR BERSAMA: Dhamiri, Fauzan, Hafiz dan Ahmadhamdi­e.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia