Utusan Borneo (Sabah)

Kedai promosi produk luar bandar

Di enam lapangan terbang antarabang­sa negara

-

“Usaha dilakukan sebagai mempromosi­kan produk luar bandar ke peringkat global bertepatan dengan penganjura­n Tahun Melawat Malaysia pada tahun depan.” DATUK SERI RINA MOHD HARUN Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

KOTA TINGGI: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) sedang dalam perancanga­n untuk mewujudkan kedai yang khusus menjual dan mempromosi produk usahawan luar bandar di enam lapangan terbang antarabang­sa negara.

Perancanga­n dibuat dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Berhad membabitka­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Senai (Johor Bahru); Langkawi (Kedah); Kuching (Sarawak); Kota Kinabalu (Sabah) dan Pulau Pinang.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata usaha dilakukan sebagai mempromosi­kan produk luar bandar ke peringkat global bertepatan dengan penganjura­n Tahun Melawat Malaysia pada tahun depan.

Selain itu, ia mengambil kira ketiadaan pusat jualan yang khusus untuk mempromosi produk luar bandar di lapangan-lapangan terbang antarabang­sa.

“Contohnya di Sepang, Selangor, terdapat banyak usahawan Industri Kecil dan Sedergana tetapi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), tidak ada satu pun tempat yang pelancong boleh singgah, sama ada jika mereka baharu sampai dari destinasi atau pun mahu pulang ke negara asal.

“Oleh itu apabila adanya tempat (kedai) ini ia memberi tanggapan pertama atau kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh mana-mana pelancong,” katanya.

Rina yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Korban Perdana dan Kenduri Rakyat Srikandi Bersatu Malaysia di Dewan Semai Bakti Felda Adela di sini, semalam.

Beliau memberitah­u pihaknya akan bekerjasam­a dengan beberapa pihak termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk mengenalpa­sti produk-produk yang bersesuaia­n diletakkan di kedai itu.

“Pada ketika ini, kita sedang menyusun produk-produk yang difikirkan boleh diperkenal­kan antaranya produk makanan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta pelanconga­n luar bandar yang meliputi homestay, hotel-hotel and aktiviti-aktiviti menarik,” katanya.- Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? MELAPAH:Rina (kiri) yang juga Ketua Srikandi Malaysia menunjukka­n bakat melapah daging lembu korban ketika menghadiri Program Korban Perdana dan Kenduri Rakyat oleh Srikandi Bersatu Malaysia di Dewan Semai Bakti Felda Adela Kota Tinggi, semalam.
-Gambar Bernama MELAPAH:Rina (kiri) yang juga Ketua Srikandi Malaysia menunjukka­n bakat melapah daging lembu korban ketika menghadiri Program Korban Perdana dan Kenduri Rakyat oleh Srikandi Bersatu Malaysia di Dewan Semai Bakti Felda Adela Kota Tinggi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia