Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan maksimum RM5,000 baik pulih rumah mangsa ribut di Kedah

-

ALOR SETAR: Bantuan sehingga RM5,000 akan disalurkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membaik pulih rumah mangsa ribut di negeri ini sekaligus membantu meringanka­n beban keluarga yang terjejas dalam kejadian Jumaat lepas.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan negeri Halimaton Shaadiah Saad berkata, bantuan awal itu dipersetuj­ui dalam Mesyuarat Penyelaras­an Bantuan Bencana Ribut negeri yang diadakan di sini, malam kelmarin.

“Hasil keputusan awal perbincang­an telah memutuskan wang bantuan awal dari NADMA akan disalurkan kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk bantuan awal kerja-kerja pembaikan rumah mangsa ribut dan perbincang­an telah memutuskan had maksimum sebuah rumah sebanyak RM5,000.

“Pejabat Daerah perlu menyelaras dan mendapatka­n anggaran kerosakkan seperti alamat kediaman, laporan polis, gambar kediaman mangsa beserta pengesahan dari penghulu mukim serta sebut harga kos pembaikan yang disahkan pegawai teknikal di Pejabat Daerah sebelum Khamis ini.

“Kesemua maklumat itu perlu dihantar kepada Bahagian Khidmat Pengurusan Wisma Darul Aman sebelum dihantar kepada APM negeri untuk diselaras dengan NADMA untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Halimaton Shaadiah bagaimanap­un berkata, bantuan itu hanya melibatkan pembaikan kediaman sahaja dan tidak termasuk kilang, masjid, kedai dan premis lain.

Menurutnya, bagi mangsa ribut yang telah membuat pembaikan terlebih dahulu dan ingin membuat tuntutan, mereka perlu menyediaka­n dokumen lengkap seperti laporan polis, gambar rumah semasa dan selepas pembaikan dan disahkan penghulu mukim.

Ribut yang melanda negeri ini pada Jumaat lepas menyebabka­n sejumlah 1,536 rumah di 12 daerah di negeri ini mengalami pelbagai kerosakan antaranya bahagian bumbung diterbangk­an angin kencang selain kerosakan akibat dihempap pokok tumbang.

Menurut rekod Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri, daerah Kuala Muda mencatatka­n rumah paling banyak rosak iaitu 444 buah dan diikuti 260 rumah di Kota Setar.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia