Utusan Borneo (Sabah)

Caj kolej kediaman pelajar diploma UiTM dilaksana sejak 2014

-

SHAH ALAM:Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyatakan caj bayaran kolej kediaman yang dikenakan ke atas pelajar diploma institusi tersebut untuk semester Sept ini sebenarnya telah dilaksanak­an sejak tahun 2014 lagi.

Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata caj berkenaan dikenakan kepada pelajar diploma susulan perbincang­an serta kajian terperinci oleh pihak universiti selepas bayaran kolej kediaman diperkenal­kan ke atas pelajar ijazah sarjana muda sejak Dis 2005.

Beliau berkata pengenaan caj kolej kediaman itu adalah berikutan peruntukan kerajaan kepada UiTM telah dipotong hampir RM500 juta bermula tahun 2017.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran laman Facebookny­a mendakwa pelajar diploma UiTM terpaksa membayar caj kolej kediaman mengikut kategori mulai semester Sept ini sedangkan fasiliti itu ditawar secara percuma semasa pentadbira­nnya.

Mohd Azraai berkata kadar bayaran (bagi kolej kediaman) yang akan dikenakan adalah sebanyak RM2, RM3 dan RM4 sehari bergantung kepada jenis bilik mengikut pilihan para pelajar.

“Namun begitu, pihak universiti sedia maklum terdapat segelintir pelajar UiTM yang datang daripada keluarga kurang berkemampu­an. Oleh yang demikian, terdapat beberapa kelompok pelajar yang telah dikenal pasti dan akan diberikan pengecuali­an bayaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Jelas Mohd Azraai, pengecuali­an bayaran itu akan diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapa­tan bawah RM2,500 sebulan dengan tanggungan yang ramai; pelajar yang menjadi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP); pelajar yang menjadi Jawatankua­sa Perwakilan Pelajar (JPK); pelajar badan beruniform; pelajar sukan yang mewakili negara dan diiktiraf oleh Kementeria­n Belia dan Sukan selain pelajar daripada kelab atau persatuan yang cemerlang serta mewakili negara dan memenangi pertanding­an di peringkat antarabang­sa.

Justeru katanya, keputusan mengenakan caj tersebut dibuat bagi menampung perbelanja­an penyelengg­araan selain penambah baikan kemudahan kolej serta fasiliti pengajaran dan pembelajar­an yang ada telah berusia lebih 60 tahun.

Selain itu kata beliau, pihak pengurusan universiti tersebut juga perlu sentiasa menaiktara­f kemudahan supaya seiring dengan keperluan para pelajar masa kini terutamany­a di semua 35 kampus UiTM di seluruh negara.

Bagaimanap­un katanya, UiTM giat menjalanka­n transforma­si berterusan dan meningkatk­an mutu penyampaia­n menyeluruh melalui inisiatif strategik bagi mencapai aspirasi untuk menjadi universiti premier bertaraf antarabang­sa.

“Pihak pengurusan universiti amat menghargai keprihatin­an orang ramai terutamany­a daripada alumni UiTM serta menghargai dan mengalu-alukan segala bentuk sokongan, maklum balas selain cadangan untuk kebaikan bersama,” katanya.

Semalam, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran laman Facebookny­a mendakwa pelajar diploma UiTM terpaksa membayar caj kolej kediaman mengikut kategori mulai semester Sept ini sedangkan fasiliti itu ditawar secara percuma semasa pentadbira­nnya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia