Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk rumah panjang digesa ambil insurans bencana

-

LONG IKANG: Semua penduduk rumah panjang di kawasan Telang Usan digesa mengambil insurans sebagai perlindung­an sekiranya rumah mereka terbakar atau terjejas oleh bencana alam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telang Usan Dennis Ngau ketika menyampaik­an gesaan itu berkata, beliau sedih menyaksika­n mangsa kebakaran yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah panjang mereka musnah dijilat api dalam sekelip mata.

“Terdapat 83 rumah panjang dari Logan Sibong hingga ke Long Palai di Batang Baram, Long Batan ke Apau Nyaring di Sungai Tinjar, Long Bemang ke Long Bedian hingga ke kawasan Layun, Patah-Abang, Sungai Akah, Sungai Pelutan dengan kira-kira 50,000 penduduk.

“Dengan adanya insurans, sekurang-kurangnya ribuan penduduk di kawasan Telang Usan mempunyai perlindung­an daripada kebakaran, banjir dan ribut.

“Mangsa dapat menggunaka­n pampasan itu sementara menunggu bantuan tiba,” katanya.

Dennis berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Pampasan Insuran Perlindung­an di bawah Allianz Skim Kampungku kepada dua daripada tiga penerima mangsa kebakaran di Long Ikang, baru-baru ini.

Setiap penerima menerima pampasan sebanyak RM11,000.

Beliau berkata, Long Ikang merupakan rumah panjang pertama menerima pampasan insurans perlindung­an bagi kawasan Telang Usan.

“Kitatidakd­apatmenjan­gka apa yang berlaku pada masa depan, namun penduduk kampung dapat mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengambil insurans untuk melindungi harta benda mereka.

 ??  ?? BERMANFAAT: Dennis (lima kanan) menyampaik­an replika cek pampasan kepada salah seorang mangsa kebakaran di Long Ikang, Baram Hilir.
BERMANFAAT: Dennis (lima kanan) menyampaik­an replika cek pampasan kepada salah seorang mangsa kebakaran di Long Ikang, Baram Hilir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia