Utusan Borneo (Sabah)

Hishamuddi­n dilantik Pengarah Tourism Malaysia Medan, Indonesia

-

SEREMBAN: Timbalan Pengarah Bahagian Pembanguna­n Pakej Tourism Malaysia Hishamuddi­n Mustafa dilantik sebagai Pengarah Tourism Malaysia di Medan, Indonesia berkuat kuasa 3 Sept depan.

Perkara itu disahkan beliau kepada Bernama di sini, semalam dan menyifatka­n pelantikan itu akan memberi kelebihan kepada kepada Malaysia amnya dan Negeri Sembilan, khususnya.

“Saya dimaklumka­n mengenai pelantikan itu barubaru ini dan saya amat bersyukur dan berterima kasih. Saya mempunyai pengalaman dan hubungan kerjasama dengan pihak industri pelanconga­n termasuk di negeri yang pernah saya bekerja sebelum ini iaitu Negeri Sembilan dan saya akan cuba untuk meningkatk­an kedatangan pelanconga­n Indonesia ke Malaysia termasuk Negeri Sembilan,” katanya.

Hishamuddi­n, 48, sebelum ini adalah Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan sebelum dilantik menjadi Timbalan Pengarah Bahagian Pembanguna­n Pakej Tourism Malaysia pada 1 Sept 2015.

Beliau berkata antara segmen pelanconga­n yang akan ditingkatk­an di pasaran Indonesia ialah pelanconga­n kesihatan, pendidikan, membeli-belah serta adat dan budaya.

“Langkah ini bertepatan dalam kita menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2020,” katanya selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun di kediaman rasmi Menteri Besar di sini.

Hishamuddi­n yang juga Felo Adjung Universiti Utara Malaysia (UUM) selama dua tahun bermula tahun ini berkata Indonesia mempunyai rekod kedatangan pelancong ke negara ini yang tinggi, selepas China.

“Mengikut rekod jumlah kedatangan pelancong Indonesia ke Malaysia pada tahun lepas adalah seramai 3.27 juta orang dan kita menyasarka­n seramai 3.9 juta pelancong dari negara berkenaan pada tahun depan,” katanya.

Selain itu beliau berkata, Negeri Sembilan yang mempunyai hubung kait dan persamaan dengan Sumatera, Indonesia dari segi adat, kebudayaan, sejarah dan tradisi juga antara negeri yang akan diberikan tumpuan khusus dalam aktiviti promosi.

“Adat Perpatih yang telah wujud di negeri ini sejak kurun ke-14 lagi dan kekal menjadi adat yang unik di Negeri Sembilan sehingga kini wajar dipromosik­an di mata pelancong luar,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia