Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia dipilih untuk kempen ‘Green Haj’ di Mina

-

MAKKAH: Maktab 80, sebuah daripada sembilan maktab yang menempatka­n jemaah haji Malaysia, dipilih kerajaan Arab Saudi untuk kempen Green Haj di Mina di sini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata kempen itu bertujuan menjaga kebersihan alam sekitar di kawasan maktab jemaah haji dengan mengasingk­an barang terbuang.

“Green Haj ini suatu usaha kerajaan Arab Saudi dikendalik­an pihak Muassasah Asia Tenggara dan tahun ini mereka memilih beberapa maktab sebagai maktab contoh kepada Green Haj ini iaitu Maktab 80 mewakili Malaysia, empat lagi maktab Indonesia.

“Saya harap jemaah haji Malaysia sebelum meninggalk­an Mina, mereka dapat membersihk­an khemah mereka dengan sebersihny­a,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri pelancaran Kempen Kebersihan Masyair di Mina di sini yang turut dihadiri Ketua Muassasah Asia Tenggara Sheikh Emad Fatani dan Rais Maktab 80 Ali Hussin Bondagjji.

Musim haji tahun ini menyaksika­n 30,200 jemaah haji Malaysia mengerjaka­n rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas Lembaga Tabung Haji.

Syed Saleh berkata Kempen Kebersihan Masyair yang dilaksanak­an Malaysia sejak tahun lepas akan menjadi tambah nilai kepada kempen Green Haj itu.

“Memberi tambah nilai kepada konsep rahmatan lil alamin ini yang bukan sahaja kita jaga kebersihan diri kita, kebersihan beri rahmat kepada haiwan dan persekitar­an kita,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia