Utusan Borneo (Sabah)

Polis rampas 12,000 karton rokok

-

KUALA KRAI: Polis berjaya mematahkan cubaan tiga lelaki menyeludup 12,000 karton rokok bernilai RM300,000 selepas menahan dua lori di Kampung Bukit Batu di sini, Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai DSP Wan Fauzi Wan Ishak berkata ketiga-tiga suspek, masingmasi­ng berusia 54, 25 dan 22 tahun berkenaan ditahan pasukan peronda di kampung berkenaan kira-kira pukul 7.45 pagi.

“Ketiga-tiga suspek dipercayai mengambil kesempatan kesesakan jalan berikutan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menggunaka­n laluan alternatif bagi mengabui mata pihak berkuasa.

“Taktik mereka bagaimanap­un tidak berjaya ‘menipu’ kami apabila pasukan peronda berjaya menahan lori terbabit yang dalam perjalanan dari Wakaf Che Yeh, Kota Bharu ke Gua Musang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai di sini, Selasa.

Wan Fauzi berkata hasil pemeriksaa­n ke atas kedua-dua kenderaan terbabit menemui rokok-rokok putih berkenaan yang dipercayai untuk dipasarkan kepada warga asing yang bekerja di ladang-ladang di Gua Musang.

“Kamipercay­arokok-rokok tersebut dibawa masuk dari negara jiran dan ditinggalk­an di beberapa lokasi sebelum dibawa ke Gua Musang.

“Semakan ke atas suspek mendapati dua pemandu lori itu mempunyai rekod jenayah lampau. Mereka diupah RM1,000 untuk memandu lori-lori berkenaan,” katanya. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? RAMPAS: Wan Fauzi (tengah) bersama pegawai menunjukka­n sebahagian 12,000 karton rokok bernilai RM300,000 yang dirampas selepas menahan dua buah lori di Kampung Bukit Batu jam 7.45 pagi Jumaat lalu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.
GambarBern­ama RAMPAS: Wan Fauzi (tengah) bersama pegawai menunjukka­n sebahagian 12,000 karton rokok bernilai RM300,000 yang dirampas selepas menahan dua buah lori di Kampung Bukit Batu jam 7.45 pagi Jumaat lalu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia