Utusan Borneo (Sabah)

Bacaan IPU di ILP Miri catat tahap berbahaya

-

KUALA LUMPUR: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Miri, Sarawak terus merekodkan kualiti udara berbahaya, setakat 12 tengah hari pada Selasa.

Mengikut data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU 344 dicatatkan di stesen pengawasan udara yang terletak di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri.

Manakala bacaan IPU yang direkodkan di Sekolah Kebangsaan(SK)KualaBaram­2, Miri menunjukka­n peningkata­n kualiti udara kepada 297 (tahap sangat tidak sihat) berbanding 419 pada 5 pagi.

Kualiti udara di Sri Aman pula mencatatka­n bacaan IPU antara 101-200 pada tahap tidak sihat, sementara di Sibu pula mencatatka­n peningkata­n ke tahap sederhana dengan bacaan IPU antara 51-100, dari jam 4 pagi hingga 12 tengah hari. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia