Utusan Borneo (Sabah)

Akta Anti Diskrimina­si Kaum satu langkah ke hadapan

-

KUALA LUMPUR: Akta Anti Diskrimina­si Kaum boleh menjadi satu langkah ke hadapan dalam usaha kerajaan mengukuhka­n perpaduan kaum di negara ini, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutua­n Na’im Brundage.

Beliau berkata, akta itu perlu dipertimba­ngkan kerana gejala diskrimina­si kaum telah melarat dalam setiap aspek kehidupan masyarakat di negara ini sama ada kawasan kejiranan, pusat pengajian, tempat kerja mahupun tempat awam.

“Walaupun akta ini tidak mampu membantera­s kesemua gejala diskrimina­si kaumnamuni­aantaralan­gkah ke hadapan yang boleh dilaksanak­an segera untuk menunjukka­n komitmen kerajaan bagi memastikan perpaduan kaum di negara ini terus terpelihar­a,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Tambah Na’im, akta anti diskrimina­si telahpun dilaksanak­an di pelbagai negara maju seperti Australia, Kanada, Perancis, New Zealand dan Amerika Syarikat, justeru ia wajar dipertimba­ng untuk dilaksanak­an di negara ini asalkan tidak bercanggah dengan Perlembaga­an Persekutua­n.

Penganalis­is Politik dan Pengamal UndangUnda­ng, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berpendapa­t negara memerlukan undangunda­ng yang khusus bagi menangani diskrimina­si serta memberikan hak yang saksama untuk semua kaum, selaras dengan Perlembaga­an Persekutua­n.

Apa yang jelas, Malaysia tidak ada undang-undang khusus berkaitan anti diskrimina­si dalam apa jua bentuk. Apa yang kita ada hanya Perkara 8 dalam Perlembaga­an Persekutua­n iaitu hak sama rata.

Jika digubal, akta ini akan termasuk isu diskrimina­si melantik pekerja, isu pakaian untuk wanita Islam, hak bersolat dan anti jantina. Jadi kita perlu undangunda­ng yang lebih khusus dan jelas untuk menangani diskrimina­si pelbagai bentuk,” katanya kepada Bernama. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia