Utusan Borneo (Sabah)

Penyertaan Program Fun Ride Aspirasi Merdeka masih terbuka

-

MIRI: Penyertaan bagi Program Fun Ride Aspirasi Merdeka yang dijadualka­n berlangsun­g di Miri Central Park, Marina Bay pada 25 Ogos ini masih terbuka kepada orang ramai.

Pengurus Stesen RTM Miri Zaidi Bujang berkata, setakat ini sebanyak 85 penyertaan telah diterima pihaknya dengan sasaran penyertaan seramai 200 orang.

"Kita mempelawa orang ramai bersamasam­a menyertai program ini kerana ia salah satu inisiatif kita untuk mengingati Hari Kemerdekaa­n negara selain membudayak­an aktiviti sukan bersama keluarga," katanya kepada Utusan Borneo kelmarin.

Program yang diadakan sempena Hari Kemerdekaa­n itu anjuran bersama Jabatan Penyiaran Miri dan Kumpulan Syarikat Samling.

Menurutnya, sebanyak dua kategori dianjurkan masing-masing kategori bawah 16 tahun dan kategori dewasa.

Malahan, 200 peserta terawal mendaftar akan mendapat baju Aspirasi Merdeka secara percuma dengan yuran serendah RM30 (termasuk insurans berkelompo­k) bagi keduadua kategori.

Zaidi berkata, peserta wajib mengikut lalu lintas dan membuat kayuhan sehingga ke garisan penamat iaitu 10 kilometer.

“Sementara itu, kanak-kanak yang ingin mengikuti acara berbasikal itu harus ditemani ibu bapa atau penjaga,” jelasnya.

Beliau berkata selain Fun Ride, penganjur juga mengadakan acara sukaneka, senam robik serta acara hiburan membabitka­n artis tempatan.

Zaidi berkata antara acara sukaneraka ialah lari dalam guni, lari membawa bola pingpong, sulam manik, ‘wall brick’ dan the ‘longest train game’.

Mereka yang berminat boleh menghubung­i Yusuf Mohamad di talian 014-5816988 atau 085-442501.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia