Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan khas diberi kepada ibu melahirkan anak

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan memberi bantuan khas kepada kirakira 40,000 ibu yang melahirkan anak tahun depan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bagaimanap­un jumlahnya masih belum ditentukan dan perincian mengenai bantuan itu akan dimumkan pada pembentang­an Belanjawan Negeri 2020 November nanti.

Beliau berkata, bantuan itu akan diberikan kepada semua ibu di negeri ini termasuk ibu yang bekerja, suri rumah dan yang memerlukan bantuan.

“Tahun ini saya akan umumkan bantuan khas kepada semua ibu yang melahirkan anak. Kita menggangga­rkan 40,000 ibu akan menerima bantuan ini berdasarka­n purata kelahiran 40,000 setahun di Sarawak.

“Jumlah bantuan ini akan saya umumkan nanti dalam Belanjawan Negeri hujung tahun ini kerana kita sekarang masih membuat pengiraan berapa jumlah yang sepatutnya kita berikan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Ibadah Korban N8 Satok anjuran Biro Agama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N8 Satok di Kompleks Sukan Satok, Padang SLPS di sini, kelmarin.

Abang Johari berkata kerajaan negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi bantuan itu bagi meringanka­n beban dalam kos penjagaan ibu dan bayi selepas bersalin termasuk pembelian lampin dan sebagainya.

Terdahulu, beliau dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri telah memberi Endowment Fund Sarawak (EFS) sebanyak RM1,000 kepada setiap bayi yang lahir di Sarawak tahun ini.

Dana itu katanya, diberi kepada bayi warga Sarawak tanpa mengira perbezaan agama dan umur.

“Sehubungan itu, dalam Belajawan Negeri tahun ini nanti, saya akan tambahkan lagi satu bantuan khas kepada ibu yang menghadapi masalah (kewangan) apabila melahirkan anak disebabkan kos sara hidup yang meningkat,

“Ia bukan EFS tapi bantuan khas kepada golongan ibu ini kerana ada ibu yang bekerja bergaji hari tidak dibayar gaji bulanan sepanjang cuti bersalin. Jadi, ini akan menjadi bebanan kepada mereka.

“Insya-Allahsayaa­kanmempuny­ai satu dasar untuk membantu ibu-ibu, tidak kira sama ada ibu yang bekerja mahupun tidak bekerja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata kerajaan negeri merancang menubuhkan sekolah khas untuk anak-anak yang mempunyai masalah autisme dan ketidakupa­yaan pembelajar­an lain.

“Saya sudah menugaskan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komunti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah membuat laporan termasuk kepakaran mengajar yang diperlukan untuk mewujudkan sekolah ini.

“Malah, saya telah menghantar Fatimah ke Austaralia bagi tujuan tersebut dan selepas kajian dibuat, mungkin kita dapat mewujudkan sekolah khas untuk anak-anak yang menghadapi masalah tersebut,” ujarnya.

Pada masa sama katanya, Kerajaan Sarawak turut mempertimb­angkan menghantar guru ke Australia untuk dilatih bagi memperkasa­kan kemahiran dan kepakaran mengendali­kan anak-anak yang mempunyai sifat sedemikan.

Pada majlis itu, Abang Johari turut mengagihka­n daging korban kepada 210 penerima di kawasan Satok.

 ??  ?? TERIMALAH: Abang Johari mengagihka­n daging korban kepada penerima pada Majlis Ibadah Korban N8 Satok anjuran Biro Agama PBB N8 Satok di Kompleks Sukan Satok, Padang SLPS, Kuching.
TERIMALAH: Abang Johari mengagihka­n daging korban kepada penerima pada Majlis Ibadah Korban N8 Satok anjuran Biro Agama PBB N8 Satok di Kompleks Sukan Satok, Padang SLPS, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia