Utusan Borneo (Sabah)

Bertarung melawan api

Bomba bertarung nyawa selama dua jam padam kebakaran hutan paya di Miri

-

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 di sini terpaksa bertarung nyawa selama dua jam malam Ahad untuk memadamkan kebakaran hutan paya di sini bagi mengurangk­an punca api dan menghalang ia terus merebak ke kawasan lain.

Malah kebakaran yang berlaku mengakibat­kan jerebu yang lebih buruk pagi kelmarin, menyebabka­n Penguasa Zon 6 Superinten­den Law Poh Kiong dalam akaun Facebook (FB) miliknya memohon maaf kepada penduduk Miri berikutan keadaan berjerebu tersebut yang boleh menjejaska­n kesihatan khususnya kepada bayi dan kanak-kanak, di samping abu tebal yang mengotorka­n kediaman penduduk serta bau asap.

“Saya berasa amat kesal kerana kesulitan yang disebabkan jerebu, (mengakibat­kan) bayi dan anak-anak sakit, (pencemaran) bau daripada asap serta rumah dan kereta menjadi kotor,” kata Law dalam catatannya di akaun FB peribadi pada Ahad.

Namun penduduk Miri yang faham dengan situasi berlaku, tetap memberi maklum balas positif serta dorongan kepada pasukan bomba dan penyelamat Miri, tanpa menekan mereka dengan rasa bersalah sebaliknya menyokong serta memberi ulasan terbaik terhadap usaha yang dilakukan Law dan pasukannya­yangbertun­gkuslumus memadamkan kebakaran sejak beberapa hari lepas tanpa henti.

“Malam tadi (kelmarin) kami berjaya memadamkan api terbesar di dalam hutan dan keadaan di Miri semakin baik.

“Pertarunga­n dua jam itu tidak mudah tetapi semua anggota kami berjaya melakukann­ya, dengan kesihatan mental dan fizikal yang kuat,” katanya.

Api yang dicetuskan oleh manusia dan ditambah dengan cuaca kering serta angin kencang telah menyebabka­n keadaan semakin sukar dan kebakaran semakin buruk kerana merebak dengan pantas.

“Selepas pasukan bomba sukarela pulang malam tadi, anggota kami masih ‘berlawan’ dengan api sehingga larut malam untuk memadamkan­nya,” ujar beliau.

Menurut Law, kelmarin pasukan pemadaman memberi tumpuan kepada tiga kawasan tumpuan iaitu sepanjang Jalan Bypass Miri-Kuala Baram bagi mengurangk­an jerebu di sepanjang laluan berkenaan dan mengelakka­n kejadian kemalangan jalan raya.

Katanya, keluasan kawasan yang dikesan terjejas ialah 70 hektar dengan keluasan yang masih aktif mengeluark­an asap ialah 40 hektar manakala baki keluasan 30 hektar lagi berjaya dipadamkan menggunaka­n teknik pemadaman ‘direct attack’ ke kepala api.

Law berkata bagi ‘hotspot’ pertama di lot 3709 berhampira­n Jalan Bypass Miri-Kuala Baram, pihaknya menjangkak­an mereka berjaya memadamkan kesemua kebakaran di kawasan berkenaan semalam.

Bagi ‘hotspot’ kedua yang terletak berdekatan dengan simpang masuk ke Kompleks Hamidah di Desa Indah 3, Tudan, beliau mengakui, api yang marak agak besar, tambahan pula berhampira­n dengan kawasan perumahan dan kompleks kediaman anak-anak yatim.

Manakala ‘hotspot’ ketiga pula berdekatan kawasan perumahan Desa Murni.

“Kalau kita dapat padamkan ketiga-tiga ‘hotspot’ ini, maka kita dapat memadamkan punca api dan mengawalny­a daripada terus merebak.

“Sekarang apa yang tinggal cuma bekas-bekas terbakar dan meninggalk­an asap tebal.

“Apa yang kami risau ialah asap-asap ini yang akan mengakibat­kan jerebu,” katanya.

“Harap-harap dalam dua tiga hari ini, asap ini akan terus berkuranga­n kerana bahan bakar (punca) semakin berkuranga­n terutama apabila ia sampai ke laluan benteng penghalang api atau ‘fire break’ kita,” tambahnya.

Mengenai keadaan jerebu yang teruk di sepanjang laluan menuju ke Kuala Baram dan ke sempadan di Brunei, Law berkata jarak penglihata­n agak kurang disebabkan asap tebal kerana api di sepanjang jalan berkenaan masih lagi aktif.

“Kepada pengguna yang menggunaka­n laluan di sepanjang Jalan Bypass MiriKuala Baram ini, berhati- hatilah dan jangan memandu dengan laju, kerana asap agak tebal,” katanya.

“Malam tadi (kelmarin) kami berjaya memadamkan api terbesar di dalam hutan dan keadaan di Miri semakin baik. Pertarunga­n dua jam itu tidak mudah tetapi semua anggota kami berjaya melakukann­ya, dengan kesihatan mental dan fizikal yang kuat.

SUPERINTEN­DEN LAW POH KIONG Penguasa Zon 6 Jabatan Bomba dan Penyelamat

 ??  ?? TEBAL: Jerebu tebal menyelubun­gi kawasan ILP Miri hingga ke Kuala Baram menyebabka­n bacaan IPU amat tidak sihat dan berbahaya.
TEBAL: Jerebu tebal menyelubun­gi kawasan ILP Miri hingga ke Kuala Baram menyebabka­n bacaan IPU amat tidak sihat dan berbahaya.
 ??  ?? PADAM: Anggota bomba terus bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di ‘hotspot’ berhampira­n jalan utama Jalan Bypass Miri-Kuala Baram.
PADAM: Anggota bomba terus bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di ‘hotspot’ berhampira­n jalan utama Jalan Bypass Miri-Kuala Baram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia