Utusan Borneo (Sabah)

S’wak akan melakukan pembenihan awan di kawasan terjejas teruk jerebu

-

MIRI: Sarawak akan melakukan pembenihan awan di kawasan terjejas teruk akibat jerebu di negeri ini iaitu Miri, Kuala Baram, Sibu dan Sri Aman.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri memberitah­u, pihak Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengeluark­an notis pemberitah­uan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk melakukan pembenihan awan di kawasan Miri, Kuala Baram, Sibu dan Sri Aman.

Pembenihan awan akan dilaksanak­an berikutan kualiti udara yang berbahaya dan amat tidak sihat dicatatkan di beberapa stesen Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini khususnya di Miri.

Sehingga jam 3 petang semalam, kawasan SK Kuala Baram 2 terus mencatat IPU di paras berbahaya dengan catatan kualiti udara yang terus meningkat kepada 342, naik daripada catatan 324 pada jam 12 tengah hari semalam.

Manakala stesen ILP Miri mencatat bacaan IPU 298 iaitu sangat tidak sihat, pada jam 4 petang, terus naik daripada bacaan 296 pada jam 12 tengah hari.

Sementara di pusat bandar raya Miri, bacaan IPU ialah 94 dan kekal sederhana, dengan bacaan IPU 97 pada jam 3 petang, semakin menurun daripada bacaan IPU 102 iaitu tidak sihat pada jam 11 pagi semalam.

Sementara itu, dua lagi stesen di Sarawak yang mencatat status kualiti udara pada tahap tidak sihat ialah stesen Sibu dan Sri Aman manakala baki sembilan stesen lagi menunjukka­n bacaan pada tahap sederhana.

Berdasarka­n laporan ASEAN Specialise­d Meteorolog­ical Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura pada 11 Ogos, imej satelit National Oceanic and Atmospheri­c Administra­tion (NOAA)-19 mengesan 56 titik panas (‘hotspot’) di Kalimantan, dua titik panas dikesan di Sumatera, Indonesia dan empat titik panas dikesan di Sarawak iaitu dua di Miri dan satu masingmasi­ngnya di Sibu dan Kapit.

Sehubungan itu juga orang ramai adalah dinasihatk­an untuk tidak melakukan apa-apa aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menjejaska­n lagi kualiti udara dan menyebabka­n jerebu bertambah buruk.

Selain itu bagi kawasan yang terjejas teruk, orang ramai dinasihati memakai topeng muka bagi mengelakka­n kesihatan dan pernafasan mereka daripada terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia