Utusan Borneo (Sabah)

Tangani disksrimin­asi produk sawit

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyambut baik saranan Presiden Indonesia Joko Widowo atau Jokowi untuk bekerjasam­a dalam usaha menangani disksrimin­asi berterusan Kesatuan Eropah (EU) ke atas produk minyak kelapa sawit.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak yang merupakan antara negeri pengeluar minyak sawit terbesar di negara ini bersetuju dengan saranan presiden Indonesia itu.

“Kita sememangny­a menyambut baik kerjasama antara Indonesia dan Malaysia ini.

“Malah saya telah dimaklumka­n oleh Menteri Industri Utama Teresa Kok berhubung perkara ini dan kita (Kerajaan Sarawak) bersetuju dengan saranan Jokowi itu,” katanya ketika ditanya media mengenai kenyataan Jokowi yang memohon Kerajaan Malaysa bekerjasam­a dengan negara republik itu dalam industri minyak kelapa sawit.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Ibadah Korban N8 Satok anjuran Biro Agama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok di Kompleks Sukan Satok, Padang SLPS di sini, Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia