Utusan Borneo (Sabah)

Rangka manusia dengan kesan terbakar ditemui

-

KUCHING: Satu rangka manusia dengan kesan terbakar ditemui di Jalan Pelabuhan, Pending di sini, Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai berkata, penemuan itu dibuat oleh dua orang awam yang kemudian melaporkan perkara itu kepada polis.

“Hari ini (semalam) kita menerima laporan daripada dua orang awam berhubung penemuan rangka manusia.

“Dua orang awam ini dikatakan sedang mencari besi buruk di kawasan terbuka di sebelah Jalan Pelabuhan apabila menemui rangka manusia yang telah dibakar,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, tiada sebarang pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubung­i polis bagi membantu siasatan.

Rangka tersebut dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Kes itu diklasifik­asi sebagai kes bunuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata, pada jam 1.16 pagi semalam, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berumur 32 tahun dan bekerja sebagai penjual besi berhubung penemuan rangka manusia itu.

Jelasnya, lelaki tersebut melaporkan pada jam kirakira 11 malam Ahad semasa dia bersama rakannya sedang mencari besi di kawasan semak tapak bekas stesen penyimpana­n minyak Shell, Jalan Pelabuhan Pending berhampira­n Jambatan Pending, telah menjumpai tulang dan mendapati tengkorak manusia berada dalam sebuah guni dalam keadaan rentung dan terbakar.

“Keadaan mayat secara keseluruha­nnya dalam keadaan rentung atau abu, bahagian tulang yang dapat dikenal pasti adalah tulang kaki, pinggul dan tengkorak kepala.

“Tiada sebarang dokumen dijumpai di kawasan sekeliling semak tersebut dan setakat ini identiti si mati belum dapat dikenal pasti,” jelas Awang Din dalam satu kenyataan.

 ??  ?? RENTUNG: Rangka manusia yang terbakar dijumpai di Jalan Pelabuhan, Pending.
RENTUNG: Rangka manusia yang terbakar dijumpai di Jalan Pelabuhan, Pending.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia