Lima kawasan di Sabah catat IPU sederhana
KOTA KINABALU: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lima kawasan di Sabah iaitu Keningau, Kota Kinabalu, Kimanis, Sandakan dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan berada pada tahap sederhana pada petang semalam.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di WP Labuan 77, Keningau (66), Kota Kinabalu (60), Kimanis (58) dan Sandakan (54).
Sementara daerah Tawau berada pada tahap yang baik iaitu 35.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). - Bernama