SNP salah satu Pusat Scenes terbaik di dunia

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh Abd Naddin Haji Shaiddin

TAMAN Semulajadi Pengakap atau lebih dikenali sebagai Scout Nature Park (SNP) Sandakan bukan saja diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlan­gan Pengakap bagi Alam Semula Jadi dan Alam Sekitar (Scout Centres of Excellence for Nature and Environmen­ts - Scenes Centre) yang pertama di Malaysia dan keempat di rantau Asia Pasifik, malah diiktiraf sebagai Pusat Scenes ke34 di seluruh dunia.

Terletak di Batu 4 1/2 Jalan Borhole Sandakan, SNP yang berteraska­n alam semula jadi kini sedang mengambil beberapa inisiatif untuk mendapat pengiktira­fan sebagai Pusat Scenes Hutan Hujan Tropika pertama di dunia.

Jika berkunjung ke SNP, anda berpeluang menikmati suasana alam semula jadi yang damai dan menyenangk­an. Pusat Scenes itu diurus dengan baik oleh Pengakap Sabah.

Berkat kepimpinan Datuk Dr Awang Zaini Suntim sebagai Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negeri beserta jentera kepimpinan­nya yang dinamik dan perkasa, Pengakap Sabah muncul sebagai salah satu pertubuhan terbaik dan termaju di Malaysia.

Sejak dilancarka­n sebagai Pusat Scenes yang pertama di negara ini pada 2018 oleh Ketua Pengakap Negara Tan Sri Dr Shafie Salleh, SNP semakin mendapat perhatian daripada pengakap seluruh dunia.

Tidak seperti laporan akhbar media perdana baru-baru ini, SNP terus beroperasi seperti biasa. Ia sering mendapat kunjungan pelawat yang ingin tahu mengenai pelbagai keistimewa­an yang terdapat di situ.

Kawasan SNP secara semula jadi adalah kawasan tadahan hujan semula jadi khusus bagi kawasan Sandakan dan sekitarnya.

SNP juga mampu menjadi daya tarikan pelancong dan dijadikan lokasi pelanconga­n yang menarik di Sabah khususnya dalam bidang eko-pelanconga­n. Antara pogram yang boleh dijalankan di

SNP ialah perkhemaha­n, ceramah , kursus bengkel, aktiviti air, memancing, berkayak, sukan air, berenang dan flying fox yang terpanjang di Borneo.

Selain itu, aktiviti lain yang boleh diadakan ialah trekking, jogging dan senaman, aktiviti sukan dan rekreasi luar, pandu arah, kompas dan pemetaan, aktiviti radio, konsert dan persembaha­n, latihan asas pertanian dan tanaman, aktiviti kerohanian, kawad dan aktiviti bantu pertolonga­n cemas.

Terdapat pelbagai kemudahan di SNP iaitu padang perkhemaha­n yang boleh memuatkan 6,000 orang, dewan terbuka yang memuatkan 1,000 orang, bilik mesyuarat atau bengkel untuk maksimum 150 orang.

Selain itu, terdapat juga dua kolam tanah (water catchment pool) yang digunakan untuk aktiviti air dan ternakan ikan, ruang ‘teater’ batu semula jadi yang boleh memuatkan seramai 1,500 orang, Pusat Semaian Benih Pokok, Pelantar Aktiviti Flying Fox, Flying fox terpanjang di Borneo serta kawasan trekking dan aktiviti kompas/pemetaan, Surau Nour-Zakiah SNP dan kmudahan asrama yang boleh memuatkan hingga 50 orang.

SNP juga memiliki taman herba untuk pendidikan alam sekitar. Selain itu, SNP juga mengadakan Kempen My Musang King Pengakap Sabah, Water Filtering System for Fish Tanks, Penternaka­n Keli dalam Kanvas, Kempen Kitar Semula: Pembuatan Lilin dan Penanaman Benih Bakau, dan Asas Pusat Pembenihan Tumbuhan (Nurseri).

Selain itu, untuk menambahka­n lagi daya tarikan, Pulau Nunuyan Laut Sandakan turut dijadikan lokasi perkongsia­n strategik dan Pusat Pengakap Laut Negeri Sabah.

Pelbagai kegiatan pengakap turut diadakan di SNP. Apatah lagi, Pengakap Sabah adalah tunjang kekuatan belia di Sabah. Tanpa penyertaan pengakap, program belia yang dirancang tidak dapat dilaksanak­an dengan jayanya.

Ketika berkunjung ke SNP, penulis juga sempat bertemu dengan Mohd Saifullah Mohd Aliman, yang bertugas mengurus SNP dan Mahyuddin Mansor, yang memastikan agar tanaman herba terurus dengan baik.

SNP memiliki pelbagai keistimewa­an dan keunikan tersendiri. Wajarlah jika ia menjadi salah satu pusat Scenes terbaik di dunia.

AWANG

MAHAYUDIN

MUHAMAD SAIFULLAH

PENGAKAP dari SK Nunuyan Laut bergambar di depan SNP.

JALAN masuk ke Scout Nature Park Sandakan.

KEMUDAHAN surau yang terdapat di SNP.

PELAJAR yang berkunjung ke SNP.

SCOUT Nature Park Sandakan.

KEMUDAHAN Asrama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.