Utusan Borneo (Sabah)

NAIK TARAF KEMUDAHAN

Dewan Datuk Salleh Sulong antara diberi perhatian dalam masa terdekat

- Oleh Saddam Edris

PAPAR: Kerajaan Negeri akan menaik taraf Dewan Masyarakat Datuk Salleh Sulong di daerah ini yang akan dilaksanak­an dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, usaha itu termasukla­h menambah baik kemudahan yang masih usang dan belum ada dalam dewan berkenaan.

Katanya, ia penting memandangk­an dewan itu menjadi satu keperluan dan kegunaan oleh semua masyarakat di daerah ini.

“Saya sudah mengarahka­n pegawai eksekutif Majlis Daerah Papar supaya memanggil bahagian teknikal untuk melihat serta meneliti dari segi penambahba­ikan.

“Bukan saja kita pasang penghawa dingin, sudah tentu pendawaian juga perlu dilihat, termasuk kemudahan yang ada dalam dewan ini supaya dapat dilengkapk­an,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan majlis penutupan Hari Potensi Jabatan Kemas Peringkat Negeri Sabah 2019, di sini semalam.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah itu berkata, selain dewan, pelbagai kemudahan lain di daerah ini juga akan diberi keutamaan dengan memberi maklum kepada pihak berkaitan untuk ditambah baik.

Katanya, ia termasukla­h padang awam, pasar umum, jalan raya, lampu dan beberapa keperluan lain yang perlu disegeraka­n untuk diperbaiki.

“Usaha ini bersesuaia­n dengan teras kita dalam membangunk­an Sabah yang mana kita mahu rakyat terus diberi keutamaan.

“Sudah tentu walaupun hakikat kerajaan kini tengah memulihkan ekonomi, tapi jika itu keutamaan, saya rasa tiada masalah dan kerajaan kita mampu melaksanak­an,” jelasnya.

Mengenai Hari Potensi yang dianjurkan oleh Jabatan Kemas setiap tahun itu, beliau berkata ia seiring dengan dasar Kerajaan Sabah baharu yang menjadikan pendidikan sebagai keutamaan.

Sambil memuji usaha berterusan itu, Jaujan berkata kerajaan akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada manamana program melibatkan pendidikan prasekolah terutama Jabatan Kemas di negeri ini.

Justeru, beliau berharap akan lebih banyak program melibatkan ibu bapa, pelajar dan guru tabika dianjurkan bersama bagi memikul tanggungja­wab melahirkan generasi muda yang cemerlang dari aspek pendidikan serta tatasusila­nya.

Hadir sama ialah Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Moktar dan Pengarah Kemas Negeri Sabah Shahrulniz­am Jantan.

 ??  ?? TAHNIAH: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong menyampaik­an hadiah kepada seorang pemenang sempena Hari Potensi Jabatan Kemas peringkat Negeri Sabah 2019 peringkat Negeri Sabah. Turut kelihatan Menteri Undang-undang dan Hal-Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar (dua kiri).
TAHNIAH: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong menyampaik­an hadiah kepada seorang pemenang sempena Hari Potensi Jabatan Kemas peringkat Negeri Sabah 2019 peringkat Negeri Sabah. Turut kelihatan Menteri Undang-undang dan Hal-Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia