Penduduk Sandakan diminta salur maklum balas

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

SANDAKAN: Penduduk Sandakan diminta menyalurka­n maklum balas bagi membolehka­n usaha dilakukan untuk memajukan daerah ini.

Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong berkata sejajar dengan aspirasiny­a ketika memenangi Pilihan Raya Kecil Sandakan pada Mei lepas, beliau komited untuk memajukan Sandakan sebagai sebuah bandar yang dinamik.

Beliau justeru mengalualu­kan cadangan rakyat untuk memajukan Sandakan.

“Amat penting untuk kita semua terus bersatu hati, bersatu padu, mengekalka­n keharmonia­n dan bekerjsama membangunk­an Sandakan,” katanya pada majlis penyampaia­n daging korban sempena sambutan Aidiladha di sini semalam.

Wong berkata kerajaan juga sentiasa berusaha membantu rakyat tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama.

Seramai 2,000 penduduk Islam Sri Taman dan Indah Jaya di sini menerima sumbangan daging korban. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Calvin Chong. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.