Anugerah Khas Keluarga cari ikon institusi keluarga

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

PUTRAJAYA: Mereka yang mempunyai kisah pengorbana­n anggota keluarga sama ada ibu, bapa, datuk, nenek, pasangan atau penjaga yang boleh dijadikan suri teladan bagi institusi keluarga, adalah digalakkan untuk menyertai pencalonan Anugerah Khas Keluarga 2019.

Anugerah anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu tidak menawarkan ganjaran dalam bentuk wang tunai namun bertujuan memberi penghargaa­n buat insan teristimew­a dalam keluarga serta mengangkat wira keluarga sebagai contoh.

“Kalau letak hadiah wang tunai, motivasiny­a berbeza. Masyarakat memerlukan banyak role model institusi keluarga dan cerita teladan yang bagus untuk dicontohi,” kata Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh dalam sidang media berhubung anugerah berkenaan di KPWKM di sini semalam.

Beliau berkata anugerah tersebut terbahagi kepada lima kategori iaitu anugerah khas bapa, anugerah khas ibu, anugerah khas datuk /nenek, anugerah khas suami/isteri dan anugerah khas penjaga.

“Antara kriteria yang diperlukan bagi pencalonan setiap kategori ialah calon mesti mempunyai sifat kepimpinan yang terserlah dan bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarak­atan dan sukarelawa­n,katanya.

Yeoh berkata pencadang mestilah berumur 16 tahun ke atas dan borang boleh dimuat turun secara dalam talian di http:// keluarga.lppkn.gov.my/akk.

Setiap penyertaan perlu disertakan dengan dua keping gambar calon, video satu minit yang menceritak­an pengorbana­n serta penceritaa­n 100 patah perkataan mengenai calon.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Ogos dan majlis penyampaia­n anugerah akan diumumkan selepas itu. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.