Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga gantung diri di kedai tayar

- Oleh Vivi Olviana Najurus

SIPITANG: Seorang peniaga ditemukan maut dalam keadaan tergantung di sebuah kedai tayar Batu 1 Jalan Sipitang-Sindumin di sini.

Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superinten­dan Champin Piuh berkata mangsa ditemukan abang iparnya sebelum memaklumka­n kejadian kepada pihak polis kira-kira jam 9.30 pagi.

“Tiada kecederaan ditemukan pada pemeriksaa­n awal terhadap badan mangsa berumur 56 tahun itu dan polis hanya mengesan kesan cerut tali di bahagian leher.

“Mayat mangsa kemudianny­a dihantar ke Hospital Sipitang untuk dibedah siasat dan kes diklasifik­asikan mengikut kes mati mengejut (SDR),” katanya.

 ??  ?? MAUT: Mayat mangsa selepas diturunkan sebelum dihantar ke Hospital Sipitang untuk dibedah siasat.
MAUT: Mayat mangsa selepas diturunkan sebelum dihantar ke Hospital Sipitang untuk dibedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia