Scha Alyahya pemenang utama Anugerah Stail EH! 2019

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Gambar: EH! (eh.com.my)

MAJALAH gaya hidup terkemuka, EH! barubaru ini meraikan ulang tahun ke-20 dengan penganjura­n Anugerah Stail EH! 2019 yang menobatkan Scha Alyahya sebagai pemenang utama.

Acara anugerah yang dibawakan oleh LANCÔME itu mempertand­ingkan sebanyak 20 kategori bagi memberi penghargaa­n kepada selebriti tempatan yang mencipta nama dalam bidang kecantikan, fesyen dan hiburan.

Diacarakan oleh influencer tersohor, Yaya Zahir serta hos Gempak TV, Isha Norisham, majlis yang berlangsun­g di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur itu juga turut dimeriahka­n dengan persembaha­n hebat penyanyi popular tanah air seperti Ayda Jebat, Datin Alyah, Khai Bahar dan juga Zizi Kirana.

Penganjura­n kali ke-7 yang bertemakan Alter Ego itu turut dimeriahka­n dengan kehadiran selebriti ternama Malaysia antaranya Neelofa, Sherry Alhadad, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Zahirah MacWilson, Awal Ashaari dan ramai lagi.

Malam Anugerah Stail EH! 2019 turut mendapat kerjasama dari rakan media Astro Ria, Hlive! Dan Astro Gempak selaku rakan media rasmi.

Berikut adalah senarai lengkap pemenang Anugerah Stail EH! 2019:

1. Influncer Kecantikan Pilihan – Aisha Liyana

2. Penata Gaya Selebriti Pilihan – Tym Fatimah

3. Pasangan Selebriti Pilihan – Fattah Amin & Nur Fazura

4. Pendandan Rambut Selebriti Pilihan – Ckay Liow

5. Video Muzik Paling Stylish – Ayda Jebat (Temberang)

6. Pereka Fesyen Selebriti – Datuk Rizalman Ibrahim

7. Selebriti Pilihan Kulit Majalah – Neelofa

8. Selebriti Harapan Pilihan – Khai Bahar

9. Pereka Fesyen Baru Pilihan – Ridzuan Alias

10. Model Pilihan

– Malek Mccrone

11. Selebriti Kulit Cantik – Zahirah Macwilson

12. Selebriti True Colour – Sherry Alhadad

13. Influencer Fesyen Pilihan – Yaya Zahir

14. Selebriti Lelaki Paling Bergaya – Syafiq Kyle

15. Selebriti Wanita Seksi – Zizi Kirana

16. Selebriti Pencapaian Terbaik – Hael Husaini

17. Jurusolek Selebriti Pilihan – Khir Khalid

18. Selebriti Wanita Paling Bergaya – Scha Alyahya

19. Selebriti Lelaki Seksi – Remy Ishak

20. Personalit­i Pilihan – Sherry Alhadad

21. Anugerah Stail EH! – Scha Alyahya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.