Amal budaya bersedekah walau seringgit

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

Oleh Amir Anuar

TAWAU: Warga Sabah disaran memupuk budaya bersedekah sekali pun menghulurk­an sumbangan seringgit untuk membantu golongan fakir miskin di negeri ini.

Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ) Kolonel Haji Al-Hambra Tun Juhar berkata bantuan seringgit juga amat bermakna dan bernilai untuk asnaf.

“Kalau tidak ada orang bersedekah, siapa lagi yang mahu membantu golongan fakir miskin kita? Mereka semua sangat susah dan amat memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berakhirny­a Program Ziarah Kasih YNJ Ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung di Batu 10 Jalan Apas, di sini pada Rabu.

Hadir sama, Toh Puan (Dr) Norlidah RM Jasni, Ahli Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Osman Jamal dan isteri Datin Yohani RM Jasni.

Al-Hambra berkata budaya bersedekah perlu dipupuk oleh semua lapisan masyarakat sama ada tua atau muda khususnya golongan ‘orang senang’ (berada).

“Janganlah kedekut untuk bersedekah kepada golongan memerlukan,” katanya sambil mendedahka­n bahawa YNJ menghulurk­an sumbangan sedekah kepada 150 penerima.

Menurutnya, sumbangan daripada yayasan itu diserahkan kepada golongan asnaf yang terdiri daripada fakir miskin, anak yatim, mualaf dan orang kelainan upaya (OKU).

Ditanya berhubung perancanga­n YNJ pula, beliau berkata selain DUN Balung, pihaknya juga akan mengunjung­i DUN Sebatik dan berhasrat untuk melawat ke DUN Kuamut.

“Usaha sebegini akan diteruskan lagi ke beberapa daerah lain, dan setakat ini kita sudah menyerahka­n sumbangan kepada hampir 2,000 penerima yang berlainan latar belakang.

“YNJ ditubuhkan semenjak 2012 dan kini sudah memasuki tahun ketujuh penubuhann­ya serta dinaungi oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin,” katanya.

Osman mengalu-alukan kedatangan YNJ ke DUN Balung yang disifatkan­nya bukan sahaja untuk bersedekah tetapi juga mengeratka­n silaturahi­m dengan golongan asnaf.

Beliau menyifatka­n usaha yayasan itu perlu dijadikan contoh kepada pertubuhan lain yang mempunyai matlamat serupa untuk tampil membantu golongan memerlukan.

Untuk rekod, DUN Balung berkeluasa­n 942.5 km persegi melibatkan lima mukim iaitu Kinabutan, Ranggu, Andrassy, Balung dan Check Point serta dihuni pelbagai lapisan masyarakat.

PRIHATIN: Norlidah menyantuni golongan OKU serta turut ditemani oleh Osman dan Yohani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.