Tulisan jawi, khat wajar dipelihara

Azizah sifatkan langkah KPM sebagai bermanfaat untuk generasi pelapis

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Penggunaan tulisan jawi dan seni khat yang ingin dimulakan semula dalam silibus pendidikan oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) secara sistematik perlu dipertahan­kan dan disokong oleh rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam.

Ketua Srikandi Bersatu Sabah Datuk Azizah Mohd Dun berkata, tulisan jawi yang memiliki nilai kesenianny­a tersendiri dan menjadi sebahagian daripada seni dan keindahan tulisan Arab serta jawi itu wajar dipelihara.

Katanya, apa yang ingin dilakukan oleh KPM adalah seni warisan itu perlu dipelihara supaya generasi pelapis pada masa akan datang dapat mengembang­kan seni khat berkenaan menjadi satu ilmu yang boleh dikongsi bersama dengan semua kaum dan agama di Malaysia, sebagai satu budaya kebangsaan yang menjadikan negara ini unik dan istimewa.

“Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan penggunaan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat boleh diteruskan.

“Kerajaan sentiasa berpegang kepada dasar kemakmuran bersama dan tidak pernah menghalang penggunaan tulisan bahasa lain di negara ini termasuk tulisan Cina kerana ia adalah sesuatu yang istimewa di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media pada Rabu berikutan isu penggunaan tulisan jawi dan khat.

Kementeria­n Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan telah menegaskan bahawa pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat akan dilaksanak­an tahun hadapan seperti dijadual.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut menggalakk­an pengenalan dan penggunaan tulisan jawi serta khat sebagai sesuatu yang harus disokong oleh semua pihak kerana kekuatan sesebuah tamadun adalah menghayati sejarah silam. Tulisan khat mempunyai nilai kesenianny­a yang tersendiri dan murid-murid digalakkan untuk menghargai­nya.

“Saya yakin dengan mempelajar­i seni warisan ini dapat mengukuhka­n perpaduan dan jati diri anak bangsa, dan Srikandi Bersatu Sabah menyokongd­asarKPM yang dilihat komited untuk bersama-sama membina Malaysia yang memiliki persefaham­an dan pengetahua­n kukuh terhadap kekayaan seni warisan kebangsaan.

“Sokongan terhadap keputusan Perdana Menteri memperkena­lkan tulisan jawi dansenikha­tperludite­ruskan. Kenyataan tindakan Dong Zong yang menghalang penggunaan tulisan jawi dan seni khat ini adalah amat tidak wajar,”

katanya.

Tulisan jawi yang memiliki nilai kesenianny­a tersendiri dan menjadi sebahagian daripada seni dan keindahan tulisan Arab serta jawi itu wajar dipelihara. DATUK AZIZAH MOHD DUN Ketua Srikandi Bersatu Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.