Utusan Borneo (Sabah)

JCI Lahad Datu kumpul sumbangan bantu penghuni RASS

-

Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Lahad Datu mengajak orang ramai berkemampu­an menghulur bantuan untuk 58 anak yatim di Rumah Amal Soleh Solihah (RASS) yang memerlukan perhatian.

Presidenny­a Pauline Chin berkata JCI telah membuat kunjungan ke kediaman mereka dengan bertemu pengendali Maznah untuk mendapatka­n maklumat keperluan mereka.

“Mereka tinggal di sebuah premis kedai beramai-ramai yang memerlukan bantuan keperluan makanan harian dan untuk tujuan itu, JCI Lahad Datu bersedia bekerjasam­a bagi mendapatka­n bantuan daripada orang ramai,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, kediaman yang dihuni anakanak yatim berumur 4 hinnga 12 tahun itu turut memerlukan bantuan kewangan, alat tulis dan keperluan pembelajar­an lain.

Bantuan boleh disalurkan dengan menghubung­inya di talian 0195369089, Sia Man Siong (0109316193) dan Chin Yuen Yee (0113611280­8).

 ??  ?? SEDIA KERJASAMA: Pauline serahkan simbolik kerjasama bantuan untuk bantu RASS.
SEDIA KERJASAMA: Pauline serahkan simbolik kerjasama bantuan untuk bantu RASS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia