Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan Sivik harap tumpu pada Perlembaga­an Persekutua­n, Kontrak Sosial

-

KUALA LUMPUR:Majlis Belia Malaysia (MBM) berharap konsep Perlembaga­an Persekutua­n dan Kontrak Sosial yang menjadi asas kepada kenegaraan Malaysia diberi keutamaan dalam Pendidikan Sivik yang mula dilaksanak­an di sekolah sejak Jun lepas.

Naib Presiden MBM Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata pelaksanaa­n itu juga diharap dapat memaparkan toleransi yang diamalkan oleh pengasas negara ini khusus dalam menggubal Perlembaga­an Persekutua­n yang menjadi asas kepada kenegaraan Malaysia.

“MBM melihat pengenalan semula Pendidikan Sivik adalah tepat pada masanya, khususnya apabila kerajaan telah menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun. “Pendidikan kewarganeg­araan sudah tentunya antara aspek yang akan diterapkan pada Pendidikan Sivik yang baru dilaksanak­an ini dan diharap penerangan berkenaan demokrasi berparlime­n dan raja berperlemb­agaan diberi penekanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Izzat Afifi yang juga Pengerusi Biro Pendidikan MBM berkata Pendidikan Sivik pernah dijadikan satu subjek khusus bermula 2005 dan kemudianny­a dimansuhka­n pada 2013 bagi Sekolah Rendah dan tahun 2017 bagi Sekolah Menengah.

Selain itu, beliau berkata Pendidikan Sivik yang diserapkan dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral adalah amat baik kerana tidak akan membebanka­n murid dengan subjek baharu selain tidak akan meningkatk­an kos bagi Kementeria­n Pendidikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia