Utusan Borneo (Sabah)

Sabah, Sarawak ada harapan gerak semula kerjasama nasional

-

KOTA KINABALU: Dalam pasca PRU14, Sabah dan Sarawak mempunyai harapan bagi menggerakk­an semula kerjasama nasional untuk membina semula Malaysia menjadi sebuah negara yang bersatu dan progresif, diperlengk­apkan untuk abad ke21 dan ke-22.

“Untuk tujuan ini, kita berpanduka­n cita-cita Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk melihat semula tempat kita yang sepatutnya dalam Persekutua­n Malaysia, seperti yang dibayangka­n oleh para pejuang kemerdekaa­n kita,” kata Presiden Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) Datuk Henrynus Amin.

Beliau berkata, MA63, dalam semangat dan tulisannya, juga telah membayangk­an pembanguna­n sebuah negara yang benar-benar meraikan kepelbagai­an, berbilang budaya, dan pluralisme.

Katanya, kontrovers­i khat timbul disebabkan oleh andaian yang salah pada masa lalu bahawa minoriti serta Orang Asal Sabah dan Sarawak dapat diasimilas­ikan ke dalam budaya Melayu Islam Malaya, supaya mereka akan diterima masuk ke dalam arus perdana oleh penduduk majoriti Melayu.

“Anggapan sedemikian, yang terbukti salah disebabkan keengganan Malaysia untuk menerima warisan budaya kita, contohnya penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam Alkitab Bahasa Melayu Kristian dan lagu-lagu rohani, mesti diperbetul­kan,” katanya.

Oleh itu, kata Henrynus, Anak Negeri memohon Pakatan Harapan (PH) yang memimpin Kerajaan Persekutua­n, terutamany­a Kementeria­n Pelajaran untuk mengambil naratif yang lebih tinggi, demi kepentinga­n negara yang lebih besar, untuk mengambil kesempatan itu bagi menghidupk­an semula strategi pembanguna­n negara dalam sistem pendidikan.

Dan, bermula dengan mengosongk­an pendidikan sebagai landasan untuk mengasimil­asikan minoriti dan sebaliknya menggunaka­n pendidikan sebagai platform untuk memupuk pemahaman budaya dalam persekitar­an yang positif, disenangi dan sukarela.

“Kami menggesa Menteri Pendidikan Mazlee Malek untuk memulakan rundingan atau dialog yang sewajarnya dengan pihak berkepenti­ngan dan memperjela­skan objektifny­a sebelum khat diadopsi dan diperluask­an ke Sabah dan Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia