SYAC untuk belia Sabah

Langkah KBS lahirkan belia berjaya dalam pelbagai bidang

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) akan mewujudkan Pusat Aspirasi Belia Sabah (SYAC) sebagai institusi penting belia di negeri ini.

Menteri Belia dan Sukan Phoong Jin Zhe berkata, pusat berkenaan bukan sahaja berperanan memupuk dan melahirkan belia yang berjaya dalam pelbagai bidang.

Malah, katanya, ia juga bakal membantu dalam meningkatk­an kemahiran serta menjadi pusat ‘inkubator’ untuk golongan belia.

“Dengan mewujudkan pusat aspirasi belia ini, kementeria­n saya akan mengambil pendekatan proaktif untuk mendekati belia.

“Pada masa sama, kita mahu membantu para belia merealisas­ikan impian dan memenuhi aspirasi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucaptama sempena Persidanga­n Majlis

Ia juga bakal membantu dalam meningkatk­an kemahiran serta menjadi pusat ‘inkubator’ untuk golongan belia. Dengan mewujudkan pusat aspirasi belia ini, kementeria­n saya akan mengambil pendekatan belia.” proaktif untuk mendekati PHOONG JIN ZHE, Menteri Belia dan Sukan

Perundinga­n Belia Negeri Sabah Siri 1 2019, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Phoong turut berkata, pihaknya akan menjenamak­an semula program KBS iaitu Program Youth Entreprene­ur Scheme Sabah (Yess) kepada Program Aspirasi Keusahawan­an Belia Sabah (Yeap).

Langkah itu, jelasnya, bagi membantu belia memulakan perniagaan menerusi geran secara ‘one off’ kepada usahawan yang sudah berniaga lebih dua tahun.

“Penjenamaa­n semula ini bagi membantu para usahawan belia yang betulbetul memerlukan bantuan kewangan dari kerajaan untuk memulakan perniagaan.

“Saya percaya ia dapat meringanka­n bebanan belia yang ingin memulakan perniagaan dan juga mengembang­kan perniagaan kecil-kecilan mereka,” katanya.

Menerusi SYAC, beliau merancang merapatkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan di negeri ini.

Beliau berkata, usaha itu bukan sahaja dapat memperkaya­kan sumber dan kemahiran belia yang berkecimpu­ng dalam dunia keusahawan­an. Ia turut menggabung­kan segala sumber sedia ada untuk bantuan kepada golongan usahawan muda.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) Ahmad Farid Sainuri berkata, kerajaan perlu melihat kesediaan golongan belia dalam memimpin pertubuhan belia.

Selain itu, katanya, pengurusan pemegang taruh juga perlu bersedia dalam memberikan ruang dan peluang kepada belia sebagai rakan kongsi kerajaan.

Seramai 95 orang yang mewakili pertubuhan belia seluruh Sabah menyertai program itu dan enam laporan daripada Majlis Perundinga­n Belia Bahagian (MPBB) turut dibentangk­an.

PERSIDANGA­N: Phoong (duduk, tengah) dan barisan tetamu undangan mendengar pembentang­an Dasar Belia Sabah.

KENANGAN: Peserta Persidanga­n Majlis Perundinga­n Belia Negeri Sabah merakamkan kenangan bersama Phoong (duduk tengah) dan jawatankua­sa penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.