Suspek kes buli jalan raya di Bulatan Cheras ditahan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KUALA LUMPUR:Seorang lelaki dipercayai samseng jalanan ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes buli jalan raya terhadap seorang pemandu wanita berhampira­n bulatan Cheras di Jalan Yaacob Latif, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras petang semalam.

“Lelaki itu direman sehari dan kertas siasatan akan diserah kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Pengadu yang rasa takut dan bimbang akan berlaku perkara lebih buruk sekiranya terus berada di lokasi kejadian kemudian memandu dan menuju ke balai polis berhampira­n untuk membuat laporan polis,¡¨ katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata semasa kejadian, penumpang di sebelah mangsa sempat merakam tindakan lelaki yang cuba mengancam mereka.

Dalam kejadian 2.30 petang Sabtu lepas, mangsa yang memandu kereta dan dalam perjalanan ke Johor, dilaporkan terlanggar sebuah kereta di hadapannya yang berhenti secara mengejut berhampira­n bulatan Cheras.

Lelaki itu yang juga pemandu kereta yang dilanggar dikatakan turun dari kereta dan memarahi mangsa dengan kata-kata kesat, menumbuk cermin sisi kereta mangsa sehingga patah dan membaling semula cermin sisi berkenaan ke arah kereta mangsa.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.