Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa curi beg pelancong wanita

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan mencuri beg tangan milik seorang pelancong wanita warga asing.

Jamrin Jamli Mad Salleh, 25, yang tidak diwakili peguam bagaimanap­un mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Tertuduh didakwa mencuri beg milik mangsa yang mengandung­i empat kad kredit, wang tunai RMB1,000, S$300 dan RM152.

Kesalahan dilakukan pada 5 Ogos jam 5.50 petang di pantai Tanjung Aru di sini.

Sabit salah mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Sementara menunggu kes selesai, mahkamah membenarka­n tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Dalam pada itu, Stephanie menetapkan pengurusan kes pada 30 Ogos ke atas Jamrin.

Pegawai Pendakwa Insp Suzie @Stephanie Kupit melakukan pendakwaan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia