Utusan Borneo (Sabah)

Setiausaha syarikat dipenjara, didenda curi pakaian

-

PETALING JAYA: Seorang setiausaha syarikat swasta dipenjara sehari dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mencuri dua helai seluar milik sebuah butik, dua hari lalu.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhka­n hukuman itu terhadap Yee Sook Lee, 54, selepas wanita itu mengaku bersalah mencuri dua helai seluar panjang bernilai RM109.80 milik butik Uniqlo, di pusat beli-belah One Utama, Damansara, di sini, pada 1 tengah hari, 12 Ogos lalu.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula semalam dan tiga bulan penjara sekiranya denda gagal dibayar.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang merupakan jurujual butik mendapati sebuah penggera keselamata­n pada pintu masuk telah berbunyi ketika dilalui oleh seorang wanita (tertuduh).

Pengadu bersama pengawal keselamata­n butik kemudian membuat pemeriksaa­n badan terhadap tertuduh dan mendapati terdapat dua helai seluar yang mana tertuduh tidak membuat pembayaran.

Pendakwaan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya boleh dihukum penjara dengan denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh bagaimanap­un wanita itu yang diwakili peguam Esther Tan merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia