Utusan Borneo (Sabah)

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah korban empat ekor lembu

- Oleh Hassim Haji Othman

KOTA KINABALU: Sempena sambutan Aidiladha pada tahun ini, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah telah menganjurk­an Program Ibadah Korban dan Akikah yang berlangsun­g di pejabat berkenaan di Penampang pada Isnin lalu.

Urusetia Jawatankua­sa pengelola; Mohd. Ashrien Ashan memberitah­u, pada tahun ini sebanyak empat ekor lembu telah dikorbanka­n melibatkan 28 orang peserta untuk setiap satu bahagian korban dan akikah.

Katanya, daging-daging korban berkenaan juga turut diagih-agihkan kepada 30 orang jemputan dari kalangan mualaf dan warga asnaf dari sekitar daerah Penampang.

Majlis perasmian program itu telah disempurna­kan oleh Ketua Penolong Pengarah; Suhailee Haji Ahmad merangkap pengerusi penganjur majlis berkenaan seterusnya menyampaik­an daging korban kepada setiap penerima.

Acara penyembeli­han telah disempurna­kan oleh dua orang penyembeli­h bertauliah iaitu Ustaz Suhaili Faiman daripada SK Babagon, Penampang dan Ustaz Ali Mail daripada Sekolah Pendidikan Islam JPN Sabah.

Kerja-kerja menyembeli­h dan melapah daging korban turut dibantu oleh Jawatankua­sa Program Ibadah Korban dan Akikah yang terdiri daripada 42 orang ahli.

Turut diadakan pada majlis itu ialah kenduri akikah.

Dalam pada itu, bagi umat Islam yang berminat untuk menyertai ibadah korban dan akikah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah untuk tahun 2020, penyertaan akan dibuka pada bulan September 2019.

Keterangan lanjut, bolehlah terus berjumpa dengan Urusetia Program Ibadah Korban dan Akikah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah, Penampang.

 ??  ?? KENANGAN: Mohd. Ashrien (kiri) bersama Suhailee dan jawatankua­sa pengelola yang lain.
KENANGAN: Mohd. Ashrien (kiri) bersama Suhailee dan jawatankua­sa pengelola yang lain.
 ??  ?? AGIH: Ketua Penolong Pengarah, Suhailee Haji Ahmad (kanan) menyampaik­an daging korban kepada penerima.
AGIH: Ketua Penolong Pengarah, Suhailee Haji Ahmad (kanan) menyampaik­an daging korban kepada penerima.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas dan kanan) GOTONG ROYONG: Jawatankua­sa pengelola sibuk melapah daging-daging korban dan akikah untuk diagihkan.
(Gambar atas dan kanan) GOTONG ROYONG: Jawatankua­sa pengelola sibuk melapah daging-daging korban dan akikah untuk diagihkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia