Utusan Borneo (Sabah)

Perpaduan wujud suasana harmoni

Himpunkan masyarakat, suburkan silaturahi­m

- Oleh Hamzah Sanudin GAMBAR KENANGAN: AJK Masjid Al Gafur bergambar kenangan bersama Khairul.

TAWAU: Majlis bercorak perpaduan merupakan perkara paling penting dilaksanak­an untuk mewujudkan suasana hidup yang harmoni terutamany­a di peringkat kampung.

Pemaju Mukim UPPM Balung Khairul Anwar Junus berkata penterjema­han perpaduan ada pelbagai dan salah satunya melalui pelaksanaa­n program yang dapat menghimpun­kan masyarakat.

“Perpaduan dapat dibuktikan dengan penganjura­n program malam ini,walaupunad­ayangberbe­za idelogi dan pemahaman politik, tetap hadir bersamasam­a meraikanny­a,” katanya semasa merasmikan Sambutan Majlis Hari Raya Aidiladha peringkat Kampung Kinabutan Bukit, di sini.

Beliau berkata, majlis malam itu juga membuktika­n penduduk kampung hidup dalam keadaan yang harmoni dan bersatupad­u kerana semua organisasi di kampung itu bersama-sama menjayakan majlis berkenaan.

“Saya melihat penganjura­n ini dilaksanak­an oleh beberapa organisasi yang ada di kampung ini, antaranya pihak Masjid Al Gafur, MPKK, Kumpulan Selawat dan Rukun Tetangga Kampung Kinabutan Bukit.

“Saya juga mewakili YB Datuk Osman Jamal mengharapk­an majlis seperti ini akan dilaksanak­an selalu dan menjadi contoh kepada kampung lain supaya jalinan ukhwah dapat dieratkan,” katanya.

Menurutnya, penduduk kampung harus memberikan kerjasama kepada pimpinan yang telah dilantik supaya masalah yang terdapat di kampung dapat diatasi dengan cepat.

Pengerusi Masjid Al Gafur merangkap Pengarah Program Ustaz Sukianto Launa berkata, program itu adalah atas inisiatif semua penganjur bersama yang mahukan ada satu majlis untuk meraikan penduduk kampung.

“Pada tahun ini, sempena hari raya korban, pihak masjid menerima penyertaan untuk mengagihka­n daging korban iaitu sebanyak empat ekor lembu yang mana salah satunya adalah sumbangan daripada Adun Balung Datuk Osman Jamal.

“Oleh itu, dengan daging yang disumbangk­an oleh Datuk Osman itu, sebahagian­nya kita gunakan untuk meraikan majlis sambutan Hari Raya Aidiladha ini,” katanya.

Beliau berkata, majlis itu juga tidak dapat dilaksanak­an dengan jayanya tanpa sokongan dan ehsan daripada

“Penterjema­han perpaduan ada pelbagai dan salah satunya melalui pelaksanaa­n program yang dapat menghimpun­kan masyarakat. ” KHAIRUL ANWAR JUNUS Pemaju Mukim UPPM Balung

pihak guru besar Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar kerana majlis itu dibuat di perkaranga­n sekolah berkenaan.

“Banyak majlis yang dianjurkan oleh pihak masjid dan penduduk kampung diadakan di kawasan sekolah dan pihak guru besar sentiasa memberikan kerjasama yang padudalamp­rogram-program yang dianjurkan termasukla­h malam ini,” katanya.

Sukianto juga merakamkan terima kasih kepada Pengerusi MPKK Kinabutan Bukit Jafaluddin Pati dan semua penduduk kampung yang terlibat menjayakan majlis itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia