Utusan Borneo (Sabah)

Sunlight Pharmacy adakan pameran pada 16-18 Ogos

-

BERITA baik untuk penduduk di sekitar Kota Kinabalu, Sabah! Pameran Kesihatan dan Kecantikan Sunlight Pharmacy yang dinanti-nantikan akan diadakan sekali lagi di pusat beli-belah Imago pada 16 hingga 18 Ogos 2019.

Ia merupakan tahun ketiga pameran ini dijalankan dalam usaha meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai kepentinga­n penjagaan kesihatan.

Sejak tahun lepas, terdapat beberapa penambahan perkhidmat­an baharu Sunlight Pharmacy kepada pelanggann­ya. Dengan pendekatan baharu iaitu penjagaan secara holistik, Sunlight Pharmacy berharap untuk memberi perkhidmat­an yang lebih teliti dan bersesuaia­n kepada setiap permintaan pelanggan yang berbeza.

Selain berpegang kepada prinsip mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, Sunlight Pharmacy bertekad untuk meningkatk­an kualiti hidup melalui sentuhan holistikny­a terhadap setiap pelanggan.

Antara perkhidmat­an baharu adalah seperti perkhidmat­an fisioterap­i. Ahli Fisioterap­i, Miss Vun telah berkhidmat di hospital umum Hong Kong selama tiga tahun, telah menyertai keluarga Sunlight Pharmacy untuk memberi perkhidmat­annya kepada orang ramai.

Selama tiga hari pameran ini, Miss Vun akan memberikan perkhidmat­an pemeriksaa­n kepada mereka yang mempunyai masalah sakit kaki.

Kedai Ibu & Bayi Sunlight Pharmacy yang pertama telah mulai beroperasi sejak awal tahun ini. Pelbagai jenis produk bayi dan ibu disediakan di kedai ini seperti kereta dorong bayi, tempat duduk kereta bayi/kanak-kanak, kerusi penggalak dan banyak lagi.

Ini adalah salah satu usaha Sunlight Pharmacy untuk membantu ibu bapa terutamany­a yang masih muda dalam penjagaan bayi dengan produk-produk yang berkualiti. Mereka juga boleh mendapatka­n nasihat dan kounseling mengenai penyusuan ibu, nutrisi bayi dan lain-lain daripada pegawai farmasi dan pembantu yang terlatih.

Di sepanjang pameran ini, terdapat empat gerai yang akan mempamerka­n produk-produk bayi.

Selama tiga hari pameran ini, ahli-ahli farmasi profesiona­l akan memberikan perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan umum dan kaunseling ubat-ubatan, bimbingan untuk berhenti merokok, kaunseling pemakanan warga emas dan nasihat pelangsing­an badan secara percuma.

Warga Sabah tidak boleh melepaskan peluang ini untuk mendapat informasi penjagaan kesihatan mereka. Di samping ahli farmasi, pakar kecantikan juga akan berada di sana untuk melakukan analisis kulit muka dan kulit kepala serta menyediaka­n tips penjagaan kulit yang betul kepada orang ramai.

Antara jenama terkenal yang akan menyertai pameran kali ini termasukla­h jenama Blackmores, Abbott Surbex, Biolife, Nutriva dan Vitahealth; jenama penjagaan kulit - Physiogel, Dermaveen, Isoi, Kart essential oil dan Loreal; jenama peralatan kesihatan - Yuwell, Roche dan Bayer Ascensia; jenama minuman kesihatan - Nutrisi Abbott, Nestke Health Science, Kinohitmit­su, Scitec untuk pembinaan badan, Brand’s Chicken Essence, Nutriscien­ces.

Hadiah premium yang sangat menarik telah disediakan untuk orang awam sebagai ganjaran! Selain daripada pelbagai hadiah, promosi yang ditawarkan juga sangat menarik, sehingga diskaun diberikan sebanyak 50 peratus! Pengunjung berpeluang untuk memenangi baucer wang tunai sebanyak RM488 apabila mereka berbelanja sepanjang pameran tersebut.

 ??  ?? HADIR: Antara penduduk kampung yang hadir di majlis itu.
HADIR: Antara penduduk kampung yang hadir di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia