Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan N.Sembilan ucap takziah buat keluarga Nora Anne

-

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan negeri mengucapka­n takziah kepada keluarga Nora Anne Quoirin selepas penemuan mayat remaja itu semalam yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lepas.

“Kami juga berasa sedih atas kehilangan beliau kerana mereka tetamu kerajaan negeri. Kami bersimpati dengan apa yang berlaku dan berharap keluarga Nora Anne Quoirin bersabar.

“Kami harap kejadian ini adalah yang pertama dan terakhir berlaku di Negeri Sembilan dan Malaysia amnya dan begitu juga kami berharap perkara ini tidak akan berulang lagi,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco di sini, semalam.

Kelmarin, pasukan SAR menemukan mayat remaja Ireland yang berumur 15 tahun itu yang dilapor hilang dari resort tersebut pada 4 Ogos.

Pengecaman mayat itu dibuat oleh keluarga remaja berkenaan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) yang mayat itu dibawa untuk proses bedah siasat.

Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapan­nya di resort itu oleh keluargany­a pada 8 pagi, 4 Ogos.

Remaja yang mengalami masalah pembelajar­an itu tiba bersama keluargany­a di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia