Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan patologi tiba di HTJ semalam untuk bedah siasat mayat Nora Anne

-

SEREMBAN : Sepasukan pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) tiba di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini pagi ini bagi menjalanka­n proses bedah siasat mayat remaja Ireland Nora Anne Quoirin, 15.

Pasukan itu tiba pada kira-kira pukul 9 pagi tadi menaiki Toyota Hilux dengan proses bedah siasat yang bermula pada lebih kurang pukul 10 pagi itu diketuai seorang pegawai kanan Patologi HKL.

Perkaranga­n Jabatan Perubatan Forensik HTJ pagi ini mula dipenuhi dengan petugas media sejak pukul 7 pagi tadi.

Tinjauan Bernama mendapati, dua individu dipercayai waris terdekat remaja malang Nora Anne yang ditemui mati kelmarin selepas dilaporkan hilang lebih 10 hari, memasuki Jabatan Perubatan Forensik pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini.

Selain itu, turut dilihat tiba di Jabatan Perubatan Forensik ialah Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman.

Petugas media dimaklumka­n bahawa satu sidang media akan dijalankan oleh pihak polis selepas bedah siasat itu.

Kelmarin, mayat wanita berkulit cerah yang ditemui pada tengah hari disahkan oleh anggota keluargany­a sebagai Nora Anne, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort, di Pantai, pada 4 Ogos lepas.

Terdahulu, mayat Nora Anne tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada pukul 7.07 malam, semalam, selepas dibawa dengan helikopter dari lokasi penemuan dan kemudianny­a mendarat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban pada kira-kira 6.45 petang.

Nora Anne, 15, disedari hilang dari bilik penginapan­nya di sebuah resort di Pantai oleh keluargany­a pada 8 pagi 4 Ogos. Remaja yang mengalami masalah pembelajar­an itu tiba bersama keluarga di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia